'Bukan mudah untuk kurangkan murid dalam kelas, tetapi kumpulan kecil boleh bantu murid tambah kefahaman'


Apabila sesi pembelajaran secara bersemuka kembali dilaksanakan, isu lama seperti jumlah pelajar yang ramai dalam satu kelas kembali kedengaran. Memang tidak dapat dinafikan, ada kala dalam sesebuah kelas jumlah keseluruhan pelajar boleh mencecah sehingga 40 orang.

Jumlah murid yang ramai ini berpotensi menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) kurang sempurna. Malah tidak mustahil ada murid yang tidak pun mampu faham apa yang diajar guru.

Walaupun terdapat pandangan, cadangan malah desakan supaya jumlah murid yang ramai dalam satu kelas dikurangkan, ada kala berbuat demikian bukanlah hal yang mudah. Ini disebabkan ada sekolah berhadapan masalah kekurangan bilik darjah, jumlah guru yang tidak mencukupi atau jumlah penduduk yang ramai di kawasan berkaitan.

Dr. Mohd Ridhuan
Bagaimanapun dalam kalangan guru, biasanya hal ini ditangani dengan membentuk kumpulan belajar atau 'study group'. Murid akan dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap murid diberikan tanggungjawab untuk memahami topik tertentu dan berkongsi apa yang mereka tahu dengan rakan lain.

Kaedah ini lebih menarik kerana ada kala murid 'segan' hendak bertanya dengan guru dan rakan sekelas selalunya yang akan menjadi rujukan dan tempat bertanya.

Sebenarnya, kaedah pembelajaran begini bukan hanya relevan di peringkat sekolah tetapi hingga ke institut pengajian tinggi ia masih diguna pakai. Ia dilihat berupaya membantu meningkatkan pemahaman murid berbanding pembelajaran kendiri.

Dalam konteks pembelajaran di sekolah terutama sesi pengajaran di dalam kelas, kaedah begini mampu membantu murid sekiranya ia dibuat secara sistematik manakala, guru pula bertindak sebagai fasilitator.

Justeru dalam hal ini, ramai sarjana pendidikan menekankan mengenai tiga faktor iaitu aspirasi, jaringan perhubungan dan belajar kendiri yang perlu diambil kira oleh guru dalam usaha untuk menarik minat murid untuk belajar.

Aspirasi 

Ia merujuk kepada penekanan terhadap peranan guru dalam membina harapan dan meningkatkan motivasi murid melalui pembentukan kumpulan belajar. Namun, elemen yang penting dalam konteks ini adalah guru perlu bertindak sebagai fasilitator yang berkesan.

Peranan guru sebagai fasilitator ini dilihat amat penting kerana mereka lebih berupaya mengenal pasti kebolehan dan potensi murid dalam sesuatu kemahiran apabila pelajar dipecah-pecahkan kepada kumpulan yang kecil. Keadaan ini mampu melonjakkan kreativiti perbincangan antara murid di dalam suatu kumpulan apatah lagi apabila setiap daripada mereka mempunyai kemahiran tersendiri.

Setiap kumpulan belajar itu pula mestilah dibentuk dalam jumlah kecil misalnya tiga hingga lima orang. Maka, pembinaan aspirasi dapat diterjemahkan dan dipraktiskan secara kesan. Guru bertindak memandu murid dalam pencarian maklumat sekaligus membantu mereka lebih fanam subjek yang diajar.

Guru juga biasanya akan menggalakkan murid melontarkan dan memberi idea di dalam kumpulan pembelajaran mereka. Kumpulan yang kecil membolehkan pelajar mengembang. kan bakat dalam memberi pandangan tanpa rasa malu. Murid juga lebih yakin untuk berbincang dan bertanya soalan sesama mereka.

Jaringan perhubungan Dalam konteks pembelajaran berkumpulan juga ia merujuk kepada hubungan antara murid bersama guru dan rakan-rakan di dalam kumpulan itu. Sebenarnya, murid akan lebih bersemangat dan bermotivasi apabila berganding bahu bersama-sama rakan sebaya dalam aktiviti kumpulan belajar yang begini.

Ini secara tidak langsung mampu menanam atau meningkatkan minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Sudut perlakuan positif dapat diterjemahkan dalam kalangan murid kerana mereka akan menjadi lebih berani memberi idea dan pandangan serta berkongsi pengalaman sedia ada dengan rakan-rakan dalam kumpulan.

Hal ini sudah tentu mampu mencetuskan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna kerana setiap murid akan lebih bersemangat serta dapat merasai sokongan juga dokongan rakan-rakan dalam kumpulan mereka. Secara langsung ia juga mampu menggilap dan menaikkan keyakinan diri pelajar kerana mereka diberikan ruang dan peluang untuk berbincang selanjutnya memberi pendapat dengan lebih berkesan.

Belajar kendiri 

Hakikatnya keupayaan murid untuk menguasai pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan secara lebih berkesan apabila dijalankan secara berkumpulan. Semua sedia maklum, di zaman era revolusi perindustrian 4.0 kini, ledakan maklumat berlaku dengan pantas dan ia boleh dicari dengan mudah dan bersistematik.

Justeru, dengan pelaksanaan pembelajaran secara berkumpulan sebenarnya adalah suatu ruang yang amat baik kepada murid dan juga guru. Guru boleh memandu murid mendapatkan maklumat dengan yang sahih melalui penggunaan teknologi terkini. Maklumat yang diperoleh kemudiannya boleh diperbincangkan bersama rakan-rakan secara mendalam dan berkesan.

Penggunaan teknologi terkini juga antara elemen pendidikan yang sangat baik apabila murid didedahkan mengenai kebaikan dan kelebihan fungsinya seperti penggunaan telefon pintar atau tablet. Ia akan memudahkan lagi proses pencarian ilmu dan pembinaan pengetahuan.

Ia juga peluang untuk murid meneroka penge. tahuan, mengasah daya kreativiti serta berdikari terhadap pengetahuan yang mereka dibina dan dikongsikan secara efektif bersama rakan-rakan di dalam kumpulan belajar. Natijahnya, dengan kaedah pengajian begini dari sudut positifnya murid secara tidak langsung dilatih sifat bertang. gungjawab terhadap maklumat yang dicapai dan diperbincangkan melalui perkongsian pengetahuan dalam kumpulan.

Semua ini membuktikan pembelajaran secara kumpulan kecil dalam kalangan murid adalah amat perlu dilakukan kerana ia mampu membentak pembinaan dan perkongsian pengetahuan murid. Ia juga dilihat mampu meningkatkan kemahiran sosial murid dengan lebih baik.

Namun, sekali lagi diingatkan ia perlu distrukturkan secara sistematik dengan hasil pembelajaran kumpulan murid itu hendaklah dinilai dan diberikan maklum balas. Ini bagi membolehkan ia dinilai dan seterusnya dibantu bagi mening. katkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran murid selain diguna bagi mengukur pencapaian pelajar.

Dr Mohd Ridhuan Mohd Jamil
Pensyarah 
Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

Previous Post Next Post