Isteri dakwa FB suami di ‘hack’ beri komen jelik terhadap penjawat awam



3 November - Seorang wanita mendakwa akaun Facebook suaminya telah diceroboh dan menulis mesej jelik terhadap penjawat awam.

Melalui satu hantaran di Facebook, wanita tersebut memaklumkan satu laporan polis telah dibuat ke atas kejadian tersebut. 

“Facebook suami saya Hasif Azman telah disable akibat di hack.

Setelah suami dituduh memburukkan penjawat awam dgn bahasa yg kesat. Seolah penulisan kesat tersebut daripada suami saya sendiri,” katanya.

Beliau turut mendakwa mengetahui perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh rakannya.

Katanya lagi, telefon suaminya dihujani dengan nombor telefon yang tidak dikenali serta menerima ancaman daripada orang yang tidak dikenali.

“Nombor telefon suami dan aplikasi Whatsapp tidak diaktifkan sejak semalam kelmarin dan beberapa hari lepas untuk beberapa jam. 

“Pada awalnya kami ingatkan perkara biasa tetapi rupanya ada benda yang tak diingini akan berlaku,” jelasnya.

Beliau berkata lagi, keluarganya dibesarkan daripada hsil titik peluh penjawat awam dengan memberi contoh ahli keluarganya, ibu bapanya yang juga bekas penjawat awam. 

“Jadi kesimpulannya kami dibesarkan dengan gaji dari titik peluh penjawat awam, adalah tidak logik untuk suami saya berkata perkara jelik sedemikian,” katanya lagi.

“Report polis telah pun dibuat kerana setiap jam ada ugutan sedangkan kami tidak tahu apa puncabya sehinggalah dimaklumkan FB suami telah disalah guna oleh pihal tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berharap dengan pemberitahuan tersebut dapatlah membersihkan nama suaminya itu.


Previous Post Next Post