Pengertian gred DG, DH, DS, M, H, N dan lain-lain dalam perkhidmatan awam


Di dalam perkhidmatan awam, terdapat pelbagai jenis jawatan yang diwujudkan di semua kementerian, jabatan dan sektor. 

Penyelarasan gaji juga berbeza mengikut jawatan yang disandang. Oleh yang demikian, penyelarasan setiap perjawatan amat penting bagi memastikan kelancaran pembayaran gaji, urusan cuti dan pelbagai lagi. 

Antara penyelarasan yang telah dilaksanakan adalah dengan memperkenalkan sistem kod atau gred untuk setiap peringkat di dalam kementerian, jabatan dan sektor-sektor tertentu. 

Sebagai rujukan, di dalam lampiran B, PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 telah mengklasifikasikan kod-kod berkenaan seperti di bawah: 

Tiada akronim khusus untuk memberi maksud setiap huruf yang digunakan sebagai kod/gred tersebut. 

Dan ianya hanyalah klasifikasi kod perkhidmatan yang dibina untuk memudahkan penyelarasan setiap penjawat awam. 

Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Pengenalan Gred Gaji Sistem Saraan Malaysia Selaras dengan penambahan lapisan gred baru, penggelaran gred jawatan dan gred gaji juga dipinda, pindaan ini, antara lain adalah bertujuan untuk memperkenalkan gred jawatan dan gred gaji baru serta menyeragamkan sistem gred jawatan dan gred gaji. 

Menurut LAMPIRAN B3 penggelaran gred jawatan dan gred gaji dipinda menggunakan angka 1 hingga 54 berasaskan kriteria kelayakan masuk dan bilangan gred kenaikan pangkat dalam setiap skim perkhidmatan. 

Angka 1 hingga 54 digunapakai untuk menentukan penggelaran gred jawatan dan gred gaji seperti berikut: bermula dengan angka 1 untuk gred yang rendah sekali dan diikuti dengan angka yang lebih besar untuk gred yang lebih tinggi. angka ganjil untuk gred lantikan; dan angka genap untuk gred kenaikan pangkat Keterangan lanjut pelbagai gred lapisan boleh dibaca di dalam kedua-dua lampiran pekeliling yang telah dinyatakan awal dalam penulisan ini. 

Semoga bermanfaat!

 

Previous Post Next Post