Kejadian buli bukan bawah institusi seliaan KPM

Putrajaya - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin hari ini memaklumkan satu kejadian buli yang telah berlaku di dalam sebuah asrama sebuah sekolah bukan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama. 

"Berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah KPM. 

"Namun, KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil," katanya.

Beliau berkata, KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep sekolahku sejahtera.
Previous Post Next Post