Senarai Tema Hari Guru Malaysia dan Tafsiran

PENGENALAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


LOGO HARI GURU

Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. 

Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. 

Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. 

Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. 

Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

TEMA-TEMA HARI GURU
  • 2022: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2021: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2020: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2017:  Guru Pembina Negara Bangsa 
  • 2016: Guru Pembina Negara Bangsa 
  • 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 
  • 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 
  • 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 
  • 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 
  • 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 
  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 
  • 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 
  • 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 
  • 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 
  • 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 
  • 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 
  • 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 
  • 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 
  • 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 
  • 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 
  • 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 
  • 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 
  • 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 
  • 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 
  • 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 
  • 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 
  • 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 
  • 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 
  • 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 
  • 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 
  • 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 
  • 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 
  • 1975 Guru dan Pembangunan Negara 
  • 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 
  • 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 
  • 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Previous Post Next Post