SPP Bil 1/2021: Pemakaian Batik Malaysia oleh Penjawat Awam Setiap Khamis

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar pemakaian pakaian batik Malaysia bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan.

Pemakaian pakaian batik Malaysia merupakan satu identiti yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Bagi menyokong pembangunan dan memartabatkan batik Malaysia, Kerajaan menghendaki agar pegawai memakai pakaian batik Malaysia mengikut ketetapan tertentu sejak tahun 1985. Pemakaian pakaian batik Malaysia dalam kalangan pegawai perlu diberi perhatian bagi memastikan batik yang dipakai merupakan batik Malaysia.

Dasar Baharu

Semua pegawai adalah digalakkan untuk memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Ketetapan baharu ini meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia menurut perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.

Pemakaian pakaian batik Malaysia juga digalakkan bagi pegawai yang menghadiri majlis rasmi di dalam atau di luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan dengan pelawat asing.

Muat Turun: SPP Bil 1/2021
Previous Post Next Post