Senarai Panggilan Hormat / Salutasi Majlis Untuk Orang Kenamaan


Selaras kehendak dan keperluan serta perkembangan semasa, semakan dan kajian semula telah dijalankan bagi menyediakan senarai Panggilan Hormat yang terkini dan lengkap untuk digunakan sebagai panduan oleh semua pihak dalam urusan rasmi dan tidak rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan swasta.

Kategori

Panggilan Hormat ini dikategorikan seperti berikut:
  • Panggilan Hormat Diraja;
  • Panggilan Hormat untuk jawatan;
  • Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Persekutuan;
  • Panggilan Hormat untuk keturunan;
  • Panggilan Hormat untuk ahli agama; dan
  • Kaedah Penggunaan Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan/Badan-badan Beruniform
Senarai Panggilan Hormat serta keterangan bagi kategori-kategori di atas adalah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Lampiran A, B, G, D, E dan F.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing- masing, peruntukan Surat Pekeliling Am ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri, Kerajaan Negeri, Pihak Berkanun Persekutuan dan Negeri dan pihak Berkuasa Tempatan.


Previous Post Next Post