Panduan Permohonan Gaji Bagi Guru Yang Memiliki Master dan PhD


PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41
(Kategori: permohonan tanpa pengalaman)

Bagi melayakkan seseorang guru itu layak membuat permohonan adalah tertakluk pada syarat yang telah ditetapkan oleh SPP:

  • Layak bagi PPP posting kali pertama sahaja (Nota: terpakai pada permohonan tanpa pengalaman. Namun bagi permohonan dengan pengalaman boleh rujuk semula dengan pihak SPP) 
  • Ijazah Sarjana mesti diperoleh sebelum lapor diri(Nota: Tarikh skrol adalah SEBELUM tarikh lapor diri.)
  • Bidang master mempunyai akreditasi MQA/MQR (Nota: tidak semua bidang pengajian master di universiti mempunyai akreditasi MQA/MQR. Rakan-rakan boleh semak akreditasi bidang pengajian di website https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm )
  • Bidang master perlu berkaitan dengan tagging/opsyen guru mengajar di sekolah. (Nota: sekiranya tagging guru pada surat penempatan atau di sekolah adalah Bahasa Cina, manakala mempunyai master dalam bidang Bahasa Melayu. Pihak SPP maklumkan permohonan seperti kes berikut adalah DITOLAK. Sekiranya terdapat situasi terpencil, pihak SPP maklumkan bahawa panel penilai terdiri daripada pihak pembangun kurikulum dan akan dinilai melalui tranksrip yang disertakan bersama permohonan guru) 
  • Permohonan hanya diterima dalam tempoh masa 3 tahun selepas guru melapor diri.

DOKUMEN DIPERLUKAN:
  • Surat Permohonan
  • Salinan Skrol
  • Salinan Transkrip
  • Salinan MQA/MQR
  • Surat Tawaran PPPDG41
  • Surat penempatan JPN
  • Surat Pengesahan Pelantikan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Sediakan Surat Permohonan semakan semula gaji kepada Pengetua sekolah
  2. Dapatkan cop dan sign Pengetua sekolah
  3. Serahkan kepada AKP bertugas surat dan dokumen yang diperlukan
  4. Pihak sekolah bertanggungjawab uruskan permohonan seperti surat permohonan kepada SPP dan juga penghantaran kesemua dokumen guru. 
  5. (Nota: bagi situasi pihak sekolah/AKP yang meminta guru uruskan secara sendiri. Pihak SPP sedia maklumkan bahawa permohonan hanya diterima melalui pihak sekolah. Sekiranya terdapat kes terpencil, guru boleh berhubung semula dengan pihak SPP untuk maklumat lanjut)
  6. Nota: Tempoh pemprosesan permohonan adalah dari 2 bulan hingga 12 bulan. Boleh rujuk pada tarikh dalam gambar di bawah.

Rakan-rakan boleh rujuk Skim Perkhidmatan PPP mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 berkenaan jumlah gaji peringkat Ijazah Sarjana dan PhD.

Disclaimer: perkongsian diatas berdasarkan temu bual dan pengalaman saya sendiri sepanjang proses permohonan bersama pihak SPP.

Sumber: Syafiq Nasir
Previous Post Next Post