Contoh Ikrar Pengawas / Pemimpin Pelajar Ketika Watikah Pelantikan

Berikut kami kongsikan IKRAR PENGAWAS / PEMIMPIN PELAJAR ketika majlis perlantikan pengawas sekolah.

Muat Turun dalam versi Word atau PDF

Ikrar versi 1: WORD | PDF

Kami, 
barisan pengawas 
Sekolah Kebangsaan __________ Tahun ________,
berikrar akan komited, 
terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Kami juga berjanji, akan sentiasa memantapkan,
Jati diri dan personaliti dari semasa ke semasa,
Menjaga sahsiah, tingkah laku dan adab sopan,
Sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkan,
Seterusnya menjadi contoh,
Kepada sekalian pelajar ,
Di Sekolah Kebangsaan _______________ ini.

Kami juga berjanji, akan belajar bersungguh-sungguh,
bagi mencapai, kecemerlangan
akademik dan kokurikulum, serta
mengharumkan nama sekolah kami,
seterusnya menjadi insan yang kamil,
berguna kepada agama, bangsa, masyarakat,
keluarga dan negara.


Ikrar versi 2: 
WORD | PDF

Kami pengawas 
Sekolah Kebangsaan _________ berikrar
Akan menjalankan tugas kami
dengan penuh rasa tanggungjawab, berdedikasai,
bertimbang rasa, amanah dan ikhlas

Kami akan mematuhi, mengawasi 
dan menjunjung tinggi
segala peraturan sekolah dan sentiasa
mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara.

Kami akan berjanji sentiasa
menjaga imej dan nama baik sekolah ini.

Kami juga berjanji menjadi
pelajar contoh dan berjaya kelak,
menjadi kebanggaan ibu bapa, guru-guru, 
sekolah dan seluruh rakyat Malaysia.

Ikrar versi 3: WORD | PDF


Bahawasanya kami, 
Pengawas Sekolah Kebangsaan ___________,
berikrar dan berjanji,bahawa kami akan,
mematuhi undang-undang, dan peraturan sekolah ini.

Menjalankan tugas dan tanggungjawab kami, 
dengan penuh dedikasi, amanah, dan ikhlas.
Memberikan sepenuh tenaga, dan usaha kami, 
untuk membantu, guru-guru dan rakanrakan, 
dalam mencapai, visi dan misi sekolah.
Menjadi contoh, kepada murid murid lain sepanjang masa
dan kami juga berjanji, akan menjaga nama baik pengawas,
dan guru-guru sekolah ini, demi agama , bangsa dan negara.
Previous Post Next Post