Isu ‘guru halang murid bukan Islam jadi ketua darjah’ di sekolah KL selesai

Imej hiasan

PETALING JAYA: Bapa kepada seorang murid di salah sebuah sekolah tertua di negara ini memohon maaf kerana mendakwa seorang guru menghalang murid bukan Islam dilantik sebagai ketua darjah.

Ini susulan tangkap layar dakwaan itu menjadi tular dan disiarkan di kumpulan Facebook alumni sekolah di Kuala Lumpur itu.

Dalam catatan asalnya, bapa itu berkata, seorang guru memberitahu kelas anaknya melalui kumpulan sembang WhatsApp bahawa murid bukan Islam tidak boleh menjadi ketua darjah.

Ketika dihubungi, bapa itu menjelaskan bahawa perkara itu telah selesai.

“Ia salah faham di pihak saya. Saya telah menghantar permohonan maaf kepada guru terbabit dan guru besar sekolah itu di saluran sama yang sepatutnya tertutup,” katanya.

Sekolah terbabit enggan memberi komen, namun difahamkan ia telah menjelaskan perkara ini kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

 

Previous Post Next Post