Pekeliling Waktu Tidak Mengajar (Free Period) Guru Di Sekolah

 


Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan di dalam jadual waktu mengajar masing-masing

Terdapat segelintir guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini perlu diperbetulkan.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Guru Besar dan juga Pengetua supaya mengingatkan kepada semua guru:

1. Waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) itu adalah MASA BEKERJA.

2. Guru Besar / Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa tersebut untuk:
  • Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar (waktu relief)
  • Membuat persediaan untuk mengajar seperi membaca buku tambahan, nota mengajar, menyediakan alatan mengajar dan sebagainya
  • Memeriksa buku latihan murid
  • Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar
  • Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum
  • Lain-lain tugasa yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pentadbir

Sumber:

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru

Previous Post Next Post