Tips Sebelum Memilih & Membeli Pencetak (Printer)

Pencetak atau printer merupakan peralatan penting dalam kehidupan seorang guru sekarang. Berikut kami kongsikan beberapa tips sebelum guru membuat pilihan atau membeli pencetak pilihan mereka.

1. Harga

Faktor utama ini menentukan kategori fungsi yang ditawarkan oleh sesuatu pencetak itu. Jika anda memilih pencetak yang mempunyai kategori asas seperti cetakan, imabasan dan salinan fotostat, pencetak-pencetak dibawah merupakan pilihan terbaik untuk anda:


Untuk kategori pertengahan anda boleh memilih pencetak jenis ink-tank printer dengan harga yang lebih tinggi seperti:

a. Canon G2010 - https://shope.ee/5UpQ4UZvv7
b. HP Ink Tank 315 - https://shope.ee/79xe3c66yI
c. EPSON L3510 - https://shope.ee/UTWWiIaW
d. Brother T51 - https://shope.ee/1VJHJLsmHY


2. Kegunaan Printer

Kebanyakkan pencetak hadir dengan fungsi 3 dalam 1 iaitu cetak (print), imbas (scan) dan salinan (Photocopy). 

Sesuai dengan namanya, fungsinya yang utama ialah untuk mencetak sebarang dokumen yang anda perlukan. 

Manakala fungsi imbas atau scan ini jarang digunakan disebabkan kebanyakkan smartphone sekarang mempunyai fungsi imbas dokumen melainkan tugasan anda memerlukan imbas dokumen yang banyak maka ia perlu dipertimbangkan. 

Fungsi ketiga sesebuah pencetak ini ialah membuat salinan. Sekiranya anda perlu membuat salinan sebarang dokumen seperti lesen memandu, kad pengenalan, surat beranak dan lain-lain, maka fungsi membuat salinan ini perlu ada pada sesebuah mesin pencetak.

3. Ciri-ciri lain pencetak

a. Duplex (Cetak muka surat depan dan belakang)
b. Sambungan tanpa wayar (wi-fi)
c. Jenis Dakwat (ink)
d. Dulang Pintasan (Bypass tray)

4. Jaminan (warranty)

Penting apabila berlaku kerosakan terutama bahagian-bahagian yang sensitif seperti roller printer, tanki dakwat dan lain-lain.
Previous Post Next Post