Guru tabah mengajar sambil pakai alat bantuan oksigen

Tangkap layar memaparkan keadaan guru tersebut yang sedang mengajar sambil memakai alat bantuan oksigen

PETALING JAYA – Jasa dan pengorbanan seorang guru tidak ternilai harganya jika hendak dibandingkan dengan wang ringgit. 

Menerusi satu hantaran di media sosial individu bernama Zam, dia memaparkan seorang guru wanita sanggup berkorban mengajar anak-anak muridnya walaupun dalam keadaan sakit. 

Klip video berdurasi 13 saat itu menunjukkan guru wanita itu sedang memakai alat bantuan oksigen kerana tidak cukup pernafasan. 

Rata-rata orang ramai sebak melihat pengorbanan serta jasa guru tersebut sambil mendoakan kesejahteraan beliau. 

“Betul itu, hargai cikgu yang mengajar kita, dia hendak tengok kita berjaya dunia dan akhirat, amin.” kata @Cik_gadis 

“Kalau aku itu, aku dah menangis depan dia, lantaklah orang tengok pun kesian gila,” jelas @raja rimba.

 

Previous Post Next Post