Anggapan PGB halang pertukaran guru tidak tepat - Bekas PPD

Pertukaran guru melalui beberapa tapisan teliti yang mengambil kira pelbagai faktor untuk diluluskan. (Imej hiasan)

Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bahawa guru boleh mohon pertukaran sebanyak empat kali dalam setahun mengundang kelegaan. Bagai. manapun, dari segi pelaksanaannya belum tentu setiap permohonan pertukaran boleh mendapat kelulusan seperti dihasratkan.

Sesiapa sahaja boleh mengemukakan permohonan pertukaran sekolah, tetapi terdapat prosedur tertentu yang mesti dipatuhi. Dalam hal pertukaran guru, pengetua atau guru besar tidak boleh dikatakan penghalang untuk kelulusan permohonan itu. Sesungguhnya, anggapan sedemikian amat tidak wajar kerana pengetua dan guru besar tiada kuasa untuk meluluskan atau menghalang pertukaran seseorang guru.

Selama ini kuasa yang ada pada pengetua dan guru besar ialah menyokong atau tidak menyokong permohonan pertukaran guru. Walaupun pengetua atau guru besar tidak menyokong per mohonan pertukaran, borang permohonan perlu dipanjangkan ke pejabat pendidikan daerah.

Pegawai pendidikan daerah memang diperuntukkan kuasa untuk membuat pertukaran guru tetapi terhad kepada pertukaran bagi sekolah dalam daerahnya sahaja, manakala pertukaran ke luar daerah atau antara daerah akan dipanjangkan ke jabatan pendidikan negeri.

Kuasa meluluskan pertukaran antara daerah ialah kuasa pengarah pendidikan negeri. Sekiranya, guru memohon pertukaran ke negeri lain atau pertukaran antara negeri, kuasa melulus. kannya hanya ada pada ketua pengarah pendidikan. Demikianlah kuasa atau bidang kuasa yang diberikan dalam meluluskan pertukaran guru mempunyai peringkatnya.

Menolak atau meluluskan pertukaran bukan dibuat oleh Ketua Jabatan sahaja, tetapi dari peringkat pejabat pendidikan daerah, Jabatan pendidikan negeri hingga peringkat kementerian pendidikan, ada jawatankuasa pertukaran guru yang dipengerusikan oleh ketua jabatan masing-masing.

Dalam hal ini banyak aspek diambil kira sebelum sesuatu permohonan guru boleh dilulus. kan. Antaranya, isu kekosongan guru di sekolah, daerah atau negeri yang dimohon atau adakah ia sesuai dengan opsyen mata pelajarannya.

Bilangan guru di sekolah, daerah atau negeri ada kadarnya dan tidak boleh diisi sekiranya bilangan guru sudah mencukupi. Ada kala terjadi senario seperti permohonan ke daerah atau negeri tertentu yang terlalu banyak. Sedangkan guru sedia ada di lokasi berkenaan sudah melebihi kadar yang mencukupi.

Panel pertukaran juga perlu menimbangkan faktor kemunasabahan setiap permohonan yang dikemukakan. Memang banyak sebab pertukaran dibuat. Antaranya, sudah mengajar terlalu lama di sesebuah sekolah, ingin ikut suami atau isteri bagi pasangan yang baharu berkahwin, isu penjagaan anak, hubungan dengan rakan sejawat atau ketua jabatan, bercerai, sakit dan seribu satu faktor lagi. Pendek kata, apa-apa sahaja masalah atau sebab akan diberikan bagi memperkukuhkan permohonan pertukaran. Memang sesiapa yang terbabit dalam urusan pertukaran guru akan be. rasa 'pening kepala' untuk membuat keputusan.

Masalah guru yang ingin bertukar, tetapi tidak dapat berbuat demikian pasti akan berterusan kerana kapasiti perkhidmatan perguruan itu sendiri yang sangat besar dan berlaku kompleksiti dari segi pengurusan guru. Saban tahun, bilangan gu. ru yang minta bertukar agak ramai sedangkan tempat untuk mengisi pertukaran mereka terhad. Justeru, permohonan pertukaran tidak diluluskan maka, berlaku aduan kekecewaan kerana tidak dapat bertukar dan kekal di sekolah yang ada.

Lebih malang lagi, jika permohonan pertukaran sudah dibuat berkali-kali. Justeru, istilah guru duka lara yang popular pada suatu ketika dahulu akan terus berkumandang. Kita amat bersimpati dengan nasib guru yang tidak dapat bertukar, tetapi kepentingan perkhidmatan perlu diberikan keutamaan walau di mana juga guru itu bertugas.

Zainal Abidin Osman, Pesara Pegawai Pendidikan Daerah

Previous Post Next Post