Atasi beban tugas jayakan fungsi hakiki guru



Soalan (S): Melihat tema sambutan Hari Guru tahun ini, namun bagaimana sekolah dapat sejahtera jika bebanan guru selain mendidik terus menekan dan kebajikan mereka tidak diberikan perhatian? 

Jawapan (J): Tema itu relevan kerana guru adalah tunjang ter penting dalam sistem pendidikan negara. 

Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampalkan ilmu kepada murid, bahkan memastikan murid lahir dari. pada sistem pendidikan yang mempunyai sahsiah serta daya saing tinggi menerusi penjiwaan amalan baik diterapkan di sekolah secara semula jadi. 

Dalam hal ini, guru perlu berperanan secara berkesan ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah. 

Akronim itu menggabungkan 14 elemen nilai murni memberi penerapan dalam aspek nilai murni, iaitu S membawa maksud selamat, seronok dan sihat; E(etika dan empati); J jati diri); A (adab sopan); H (harmoni); T (tekun, teliti dan terampil): E (eksplorasi); R (rasional) serta A (artikulasi). 

Isu berkaitan beban tugas guru bukan sahaja berlaku, bahkan sudah wujud. Dalam akhbar juga sering membicarakan beban tugas guru dan sentiasa berbangkit hingga menjadi tekanan kepada pendidik. Beban tugas guru sering dikaitkan menjalankan tugas perkeranian. 

Isu ini seolah-olah tiada pengakhiran dan masih tiada ja lan penyelesaian, walaupun pelbagai usaha dilakukan NUTP membawa isu ini ke pihak atasan Kementerian Pendidikan (KPM) beberapa kali agar dapat mencari cara atau kaedah boleh membantu dalam mengurangkan beban tugas guru.

Jika diamati dalam mana-mana mesyuarat tertinggi pada peringkat KPM, dilihat isu beban tugas guru kian menjadi-jadi apabila dunia berdepan situasi pandemik. 

Ini menyebabkan guru berada dalam tekanan akan bertambah parah dan boleh menyebabkan tekanan mental serta emosi guru turut terganggu. 

Apabila NUTP dihubungi berkaitan isu beban tugas guru ketika itu, kami membuat beberapa siri bengkel hingga terwujudnya Memorandum Beban Tugas Guru untuk diserahkan kepada Menteri Pendidikan serta beberapa organisasi yang boleh membantu dalam mengurang kan beban tugas guru abad ini.

NUTP turut melihat, ketika bengkel diadakan kepada guru terbabit dengan isu beban tugas ini, rata-rata menghadapi situasi sama, terpaksa menjalankan tugas perkeranian, antaranya memasukkan data. 

Jika dicampur tugas perkeranian dan pendidik, guru tidak ada masa menyediakan bahan untuk proses PdP. Sepatutnya tugas perkeranian diuruskan mereka yang dilantik bukan dalam kalangan pendidik. 

Keadaan inilah menyebabkan be ban tugas guru tidak dapat diselesaikan dan usaha mencari jalan penyelesaian akan buntu. Sejak pandemik, keadaan menambahkan lagi tekanan ke pada guru untuk mendidik dan menjalankan tugas tidak sewajarnya dan tidak diselesaikan. 

S: Sejauh mana beban kerja perkeranian sedangkan sekolah sudah mempunyai kerani? 

J: Walaupun sekolah mempunyai kerani, mereka terbabit dengan kerja hakiki. Guru tidak sepatutnya dibeban dengan tugas perkeranian. 

Semasa menyediakan Memorandum Beban Tugas Guru, NUTP mendapati guru menjalankan tugas perkeranian dengan melakukan kerja berulang-ulang dan berlebihan. 

Sepatutnya situasi ini tidak berlaku. Contohnya, apabila permulaan persekolahan, guru akan menjalankan tugas mengumpul data dan key in data dalam sistem. Ini tindakan tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. 

KPM sepatutnya menyediakan satu sistem yang pihak sekolah boleh akses bila-bila masa jika memerlukan dokumentasi berkaitan data terbabit.

NUTP berpandangan jawatan perkeranian perlu setara dengan nisbah guru bagi sesebuah sekolah supaya permasalahan dapat diuruskan lebih teratur dan berkesan. 

S: Bagaimana dengan beban tugas lain seperti jawatan tidak diberikan elaun setimpal, termasuk warden atau guru kanan. Tugas berat, malah ada risiko besar sekiranya berlaku kes seperti buli?

J: Jika isu warden dibangkitkan, pasti menjadi perbualanhangat dan trending dalam akhbar serta media sosial. NUTP turut mengadakan beberapa bengkel kepada guru menjawat jawatan itu bagi melihat situasi sebenar Hasil bengkel itu, NUTP menghasilkan Memorandum Tugas Tugas Warden. 

Hasratnya untuk meringankan beban dan menyuntik semangat warden agar meneruskan tugas lebih de dikasi. 

Tujuan utama bengkel itu ingin membantu KPM mengkaji semula tugas warden dan melihat semula kenapa ada dalam kalangan guru tidak mahu dilantik sebagai warden Jika kita memahami mereka yang dilantik warden adalah kerana dipaksa rela. 

Kebanyakan dipaksa rela dalam kalangan guru muda yang baru disahkan jawatan.

Ketika proses menyediakan memorandum, NUTP dapati mereka yang dilantik sebagai warden tidak mempunyai masa bersama keluarga seperti orang lain, walaupun ketika cuti. 

Tugas warden bukan setakat menjalankan pemantauan di asrama, tetapi pelbagai tugas tidak masuk akal dan elaun diterima tidak setimpal. 

Malah, elaun diterima sebelum dilantik warden turut dipotong atas alasan kerana menerima elaun warden. 

Dengan kadar elaun diterima, warden berdepan permasalahan lebih serius jika membabitkan isu murid menjadi kaki buli. 

Jika berdasarkan senarai tugas warden, kebanyakan guru tidak rela dilantik melainkan dipaksa orang atasan. 

Mereka dilantik sebagai warden juga tidak mempunyai ruang dalam persediaan menjalankan PdP. Sepatutnya warden dilantik bukan dalam kalangan guru supaya dapat menumpukan sepenuh masa dalam menjalankan tugas sebagai warden. 

S: Bagaimana pula dengan beban kewangan guru, termasuk terpaksa guna mesin pencetak sendiri, beli peralatan alat bantu mengajar seperti kertas A4 bagi melancarkan PdP di sekolah? 

J: Isu ini bukan baharu. Semasa NUTP menyediakan Memorandum Beban Tugas Guru, isu ini dibangkitkan dalam kalangan guru. 

Walaupun ada sekolah mempunyai peruntukan, ini bukan jumlah besar. Jika peruntukan habis digunakan, guru terpaksa mengeluarkan kewangan sendiri untuk melaksanakan PAP. 

NUTP akui jika ingin membuat tuntutan memang sangat leceh kerana terikat dengan pelbagai syarat dan mempunyai time period ditetapkan. 

Jika melepasi tarikh ditetapkan, permohonan tuntutan akan ditolak.

Jika berlarutan lama, guru turut berasa diri mereka dipergunakan. Sepatutnya, isu ini dibawa ke peringkat tertinggi untuk mencari jalan penyelesaian dan perlu menyediakan peruntukan lebih di bahagian berkenaan. 

S: Pelbagai penambahbaikan dilakukan KPM, tetapi akhirnya semua terpaksa dilakukan guru kerana biasanya ada arahan daripada KPM? 

J: NUTP bersetuju KPM berusaha membuat pelbagai pe nambahbaikan dalam sistem pendidikan, tetapi akhirnya guru menjadi mangsa keada an. 

Dalam pada itu, NUTP ju a mahu bottom up, bukan nya top down. Petunjuk prestasi utama (KPT) ditetapkan berdasarkan lokasi sekolah bukannya berasaskan JPN atau PPD. 

Justeru, jika dilihat usaha KPM membuat penambahbaikan terhadap sistem pendidikan, arahan demi arahan dikeluarkan namun arahan jelas tidak dinyatakan hingga pihak atas menolak dan melepaskan tanggungjawab kepada orang bawahan, KPM sepatutnya memberi kan arahan jelas agar pihak berkepentingan tidak sewenang-wenangnya melepaskan tugas dan tanggungjawab kepada orang lain. 

Ini yang menjadi permasalahan kepada guru. Sepatutnya arahan dikeluarkan perlu jelas agar ketua jabatan tidak melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain.

Jika dilihat sebahagian lagi konteks, terdapat arahan di keluarkan pihak atasan sangat jelas, namun segelintir ketua jabatan menjadikan jawatan mereka sebagai kuasa veto dengan mengarahkan tugasnya kepada orang bawahan. 

Ini sudah lumrah. Jika aduan dibuat, guru terbabit akan berdepan masalah lain, antaranya markah prestasi rendah atau pertukaran tanpa permohonan.

Tekanan demi tekanan akan di berikan agar guru terbabit terganggu mental dan emosi mereka.

S: Kerajaan sebelum ini berhasrat mewujudkan jawatan pembantu guru yang sangat diperlukan, bahkan menjadi antara mising link meringankan tugas guru, tetapi sampai sekarang tidak berlaku? 

J: Lantikan pembantu guru sebahagian cara mengurangkan be ban tugas guru dalam melaksana dan melancarkan PdP. 

Namun, jika kerajaan menyatakan tiada kewangan, bagaimana perlu mewujudkan jawatan terbabit untuk membayar gaji kepada mereka?

Disebabkan itu, kerajaan perlu melihat perkara utama dalam menyediakan bajet agar perkara berbangkit dapat dikurangkan. 

Jawatan pembantu guru sebahagian saranan dan pandangan NUTP ketika menyediakan Memorandum Beban Tugas Guru. Perkara ini dibawa ke peringkat atas agar masalah 'akar' dapat dikurangkan dengan aduan diterima akan berkurangan. 

Pada pandangan NUTP, dalam mewujudkan jawatan Pembantu Guru Gred Rendah seperti pernah dibuat sebagai projek perintis di Kedah, Melaka dan Sabah sekitar 2017 hingga 2019, ia dilihat sebagai satu jalan penyelesaian. 

Ketika itu, ramai guru lega dan beban tugas perkeranian dapat dikurangkan. Guru lebih berfokus kepada PdP dan amat berkesan. Malangnya projek ini tidak dapat diteruskan, mungkin disebabkan masalah kewangan.

 S: Sejauh mana isu pendidik bersara awal memberi kesan kepada sistem pendidikan dan beban tugas guru. Bagaimana pula isu nisbah guru dengan murid? 

J: Berdasarkan kaji selidik dan kenyataan KPM, ramai guru ingin bersara awal kerana tekanan demi tekanan dihadapi di mana 'Little Napolean masih wujud dalam sistem pendidikan negara. 

Guru kanan tidak celik teknologi maklumat (IT) juga menyebabkan mereka terbeban dengan tugas mendidik ketika pandemik. 

Selain itu, guru berhasrat bersara awal adalah dalam kalangan mereka yang mencapai tangga gaji mati, ditambah beban tugas. 

Isu nisbah guru dengan murid masih belum lagi ideal pula membabitkan sesetengah kawasan atau daerah mempunyai penduduk padat. 

S: Sejauh mana NUTP melihat kerajaan sedar hakikat guru penjawat awam paling ramai, kelemahan dan kegagalan pada pelaksanaan pada peringkat kementerian akan jejaskan sebahagian besar jentera kerajaan? 

J: Diakui tugas pendidik adalah mendidik modal insan, laitu murid. Kemenjadian murid adalah aset negara. 

Maju dan mundurnya pembangunan negara adalah untuk melahirkan rakyat berkualiti. 

Kualiti ini dalam inspirasi modal insan adalah ilmu dan kemahiran. Mereka perlu mendidik, mengasuh dan memimpin dengan baik. 

Kejayaan mereka adalah kejayaan negara dan juga hasil pendidikan dan kemahiran dipelajari bermula daripada guru. Penjawat awam paling ramai berkhidmat adalah guru. Ini bermakna jawatan guru paling digemari. 

Sebelum ini, keperluan penjawat terhenti seketika atas beberapa faktor disebabkan kegawatan ekonomi. Apabila ada guru mencapai umur persaraan, maka mereka perlu melepaskan jawatan. 

Apabila bilangan murid bertambah dan jumlah guru tak di tambah, ini menyebabkan tekanan beban tugas terpaksa diambil apabila berdepan kekurangan guru.



Previous Post Next Post