Koleksi Ucapan Sempena Sambutan Hari Guru

Berikut kami kongsikan contoh-contoh ucapan untuk Guru tidak kira apa sahaja acara termasuklah Hari Guru, perpisahan guru dan lain-lain lagu sebagai panduan bersama.

  • Tidak tergambar oleh bicara mahupun tutur kata, Kerana banyaknya jasa kalian, Semoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan. Yang menjadikan kami insan mengenal tuhan. Semoga segala kebaikan yang telah dicurahkan menjadi asbab untuk para guru ke syurga.
  • Kami Sayang Cikgu, Kau Umpama lilin yang menerangi kegelapan, Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

  • Wahai guru pengasuh jiwa, Jasamu tidak akan ku lupakan Terima kasih kerana telah mendidiku Selamat hari guru kepada semua guru-guruku. Terima kasih cikgu.


  • Hanya ingin mengatakan betapa kami bersyukur telah menjadi muridmu.SELAMAT HARI GURU
  • Untuk semua guru yang mulia; Jasa kalian akan selalu kami kenang; Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa
  • “SELAMAT HARI GURU” “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
  • Selamat Hari Guru. Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah masa hadapan.
  • Guru, Tanpamu dunia ini gelap gelita, Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca, Tanpamu juga kami akan meraba-raba. Selamat Hari guru
  • Guru, Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu; itulah cikgu, itulah guru, besar jasanya sejak dahulu.
  • Guru, Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawanya ada mesra Dalam diamnya ada kebijaksanaan Dalam tangannya sahsiah kita terbina. Selamat Hari Guru
  • Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. – GS. Al-Mujadalah 11″.
  • Guruku, Hadirmu umpama mentari menerangi hati anak muridmu dengan ilmu pengetahuan. Selamat Hari Guru.
  • Dalam ajarannya ada harapan. Dalam tegurannya ada doa. Dalam marahnya ada sayang. Dalam diamnya ada kebijaksanaan. Dalam tangannya ada sahsiah terbina.
  • Selamat Hari Guru. Contohi akhlak dan peribadi Rasulullah SAW sebagai murabbi agung. Tauhid menjadi asas mendidik ummah.
  • Guru sebenar adalah yang mendidik muridnya agar mampu berdikari jiwa, iman serta ibadahnya sendiri tanpa memerlukan gurunya, kerana setiap guru akan menemui kematian akhirnya.
  • Diri ini asalnya sehelai kain putih. Terima kasih buat semua yang sudi menorakkan. Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan dilupakan. Selamat Hari Guru.
  • Guru sebenar adalah yang mendidik muridnya agar mampu berdikari jiwa, iman serta ibadahnya sendiri tanpa memerlukan gurunya, kerana setiap guru akan menemui kematian akhirnya.
  • Orang hebat boleh melahirkan beberapa karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat.
  • Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang bergelar "Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor dan sebagainya…".Terima kasih kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna. 
  • Belajar pada masa kecil itu seperti melukis batu, belajar yang pada masa besar itu seperti melukis pada air laut. Selamat Menyambut Hari Guru. 
  • Selamat Hari Guru. Jasamu dikenang, Budimu dijulang. Kasihmu tak terbilang. 
  • Selamat Hari Guru. Semoga semua ilmu yang cikgu berikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti. 
  • Selamat Menyambut Hari Guru. Hendak berburu ke luar kota, Seluas Alam Bumi Terbentang, Tanpa Guru Siapalah Kita, Ibarat Malam Tanpa Bintang. 
  • GURU memang bukan orang yang hebat. Tetapi, semua orang yang hebat adalah berkat jasa daripada seorang guru. Selamat Hari Guru. 

  • Guru adalah teladan yang memberitahu, menjelaskan atau mendemonstrasikan. Lebih daripada itu, mereka menginspirasikan. Selamat Hari Guru! 
  • Guru, kehadirannya dirindukan. Kata-katanya menginspirasikan. Sikapnya diteladani. Nasihatnya menyejukkan hati. Selamat Hari Guru untuk semua pendidik! 
  • Guru umpama lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain. 
  • Saat kita membilang angka, seharusnya kita berterima kasih kepada guru kita yang telah mengajar kita semua untuk tahu mebilang. Terima Kasih Cikgu. 
  • Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan. 
  • Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu kerana memberi saya ilmu pengetahuan dan mendidik kami dengan baik dan yang cikgu bagi kepada saya. Minta maaf atas yang telah saya buat kesalahan kepada cikgu.  
  • Buat semua yang bergelar pendidik, Terima kasih Cikgu! Semoga redha dan rahmat Allah selalu dan selamanya.
Kredit: Pelbagai sumber, 1001ucapan, TheInspirasi.my
Previous Post Next Post