Kontrak guru interim lantikan 2019 dilanjutkan setahun lagi

Imej hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan 2019, dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.

Lanjutan itu bagi membolehkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyelesaikan urusan temu duga dan lantikan tetap untuk guru-guru terbabit yang sudah memenuhi syarat ditetapkan.

Dalam kenyataannya, KPM menyatakan, guru interim lantikan sebelum 2019 perlu memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi.

KPM berkata, tindakan itu membolehkan perakuan dibuat KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temu duga dan lantikan tetap.

Katanya, KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik demi perkhidmatan pendidikan negara ini.

 

Previous Post Next Post