Enam pelajar perempuan ditahan belasah rakan sekolah

 

Polis menahan enam murid perempuan bagi membantu siasatan kes seorang murid perempuan dipukul oleh beberapa murid lain yang tular menerusi satu rakaman video sejak Khamis lepas. 

Enam murid perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun dari sebuah sekolah di Inanam, Sabah, bersama seorang perempuan berumur 17 tahun bekas murid sekolah terbabit ditahan semalam. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis ACP Mohd Zaidi Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima laporan daripada bapa mangsa semalam dan telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 147 kanun keseksaan. 

Sebelum kejadian punca dipercayai mangsa terlebih dahulu membuat provokasi kutuk mengutuk sebelum dibelasah tujuh orang murid terbabit. 

Dalam video berdurasi 21 saat itu, murid yang memakai pakaian sukan dilihat menendang dan menumbuk pelajar terbabit. 

Mangsa terlebih dulu dilihat dikepung sekumpulan murid lain sebelum salah seorang daripada mereka mengepit kepalanya, manakala seorang lagi memegang tangan supaya mangsa tidak dapat melawan. 

Mangsa turut diterajang dan disepak hingga jatuh sambil diperhatikan rakan-rakan lain.
Previous Post Next Post