Asrama SMKA Pedas hangus dijilat api

Keadaan bangunan asrama lelaki SMKA Pedas yang terbakar 80 peratus dalam kejadian kebakaran pada Ahad. - Foto Media sosial

REMBAU - Asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato Haji Abu Hassan Hassan Haji Sail, Pedas di sini hangus 80 peratus dalam kejadian kebakaran pada Ahad lapor Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau, Mohd Izwan Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.18 petang dan tiba di lokasi tiga minit kemudiannya. 

"Kebakaran melibatkan bangunan sekolah asrama lelaki di tingkat tiga yang mempunyai lebih kurang 10 bilik, berkeluasan 12 x 60 meter persegi. Keadaan bangunan asrama lelaki SMKA Pedas yang terbakar dalam kejadian pada Ahad. 

“Ia musnah 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan tiada penghuni di asrama tersebut semasa kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad. 
Foto media sosial

Dalam pada itu, beliau berkata, selain pasukan Bomba dan Penyelamat Rembau, operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota dan Senawang. 

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.51 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. 

Sementara itu, akhbar tersebut turut melaporkan  ibu bapa yang menghantar anak mereka ke asrama berkenaan telah diminta pulang susulan kejadian itu. 

 

Previous Post Next Post