BSBPK 2022: Modul Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri ialah pendekatan PdP yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Guru yang menggunakan Pembelajaran Masteri menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Pembelajaran Masteri akan memberi pelbagai kebaikan kepada murid, antaranya tiada murid akan ketinggalan dalam pembelajaran dan berputus asa kerana pendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran masing-masing.

Muat Turun: Modul Pembelajaran Masteri

Previous Post Next Post