‘Lembukan’ Kak Long 7E, Aliff Syukri hina profesion guru?


Nampaknya, tidak habis-habis Aliff Syukri mendatangkan kontroversi agar namanya terus disebut-sebut dan produk keluarannya/video terus laris mendapat ‘exposure’ yang banyak. 

Kali ini, satu video memaparkan, Kak Long 7E menjadi tunggangan Baby Shima manakala Aliff Syukri pula di hadapan lagak seperti sedang menarik seekor lembu. 

Jika dilihat dari cara berpakaian, Baby Shima dan Aliff Syukri merupakan anak murid. Manakala Kak Long pula adalah seorang guru. 

Timbul pelbagai reaksi netizen mengenai hal ini. Antaranya adalah ada yang menyifatkan hal tersebut seperti merendah-rendahkan profesion seorang guru. 



Komen netizen: 

“Merendahkan profession seorang guru…” 

“kan..sy tertanya2 kaklong tu wataknya sebagai siapa…andai cikgu..mmg tdk beradap berbuat demikian..” 

“mmg watak ye ckgu..tgok pn thu..semkin mjdi2..nk mhina ckgu plk..” 

“haritu cakap pasal maruah kak long,sekarang maruah duk bawah punggung kerana duit,,”

“Kesian kak long 7E sanggup die DI PERLEMBUKAN SEBEGITU RUPA..” “Kri n shima jadi student, kak long jadi cikgu ke? Hina sggh video ini…apa mesej yg ingin disampaikan dlm video ni sebenarnya????”

Sumber: Murai.com.my
Previous Post Next Post