MRSM Kuantan nafi pindahkan pelajar buli, kes masih dalam siasatan

22 Ogos - MRSM Kuantan hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan kes buli yang terjadi di situ pada minggu lepas. 

Menurut pegawai di Bahagian Kominikasi Korporat MARA, Adham Hatta berkata beberapa media telah mengeluarkan berita dan didapati kandungan tersebut adalah tidak tepat. 

“Justeru saya mohon untuk berita tersebut di tarik balik kerana: 

“Tidak terdapat kes gangsterism / buli di MRSM Kuantan sepertimana kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan; 

“Kes yang berlaku masih di dalam siasatan pihak polis; dan pelajar yang mendakwa menjadi mangsa telah dibawa pulang oleh ibu bapa pelajar terlibat,” katanya di dalan satu kenyataan.

Justeru itu beliau memohon kerjasama rakan-rakan media untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara ini.



Previous Post Next Post