Penjawat awam boleh kumpul cuti 'award tunai' 180 hari

Imej hiasan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka. 

"Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti itu disimpan bagi tujuan award wang tunai pada masa persaraan sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak," katanya dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awan ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

 

Previous Post Next Post