Jangan nilai kepandaian anak hanya melalui subjek Sains, Matematik - Pakar

Imej hiasan

SHAH ALAM - Bakat atau kepandaian murid tidak wajar diukur melalui subjek Matematik dan Sains semata-mata. 

Pakar IQ Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata, tidak semua kanak-kanak berminat dengan dua subjek ini. 

“Kalau kita nak tengok sifat logik Matematik ini kita boleh nampak dari silibus Sains dan Matematik sahaja. 

“Tapi tidak semua kanak-kanak ini berminat dan pemikiran mereka tidak semestinya boleh mencapai pemahaman dalam bidang Sains dan Matematik ini,” katanya. 

Dr Noor Aishah Rosli - Sinar Harian


Beliau berkata demikian ketika program Disebalik Isu bersama Finaz Yunus (FY) ‘Apa hala tuju silibus sekolah rendah kita?’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat. 

Turut menjadi panelis Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPM), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. 

“Jadi sebenarnya kalau disebut pasal IQ dan kecerdasan anak-anak ini banyak perkara yang perlu kita lihat. 

“Sebab itu, saya percaya kenapa adanya subjek muzik dan persatuan lain diwujudkan di sekolah sebagai kurikulum tambahan untuk merangsang pemahaman anak-anak ini,” kata beliau. 

Dua penyelidik wanita harumkan nama negara Jelasnya, untuk melihat kecerdasan anak-anak bukan sahaja bergantung dengan Sains dan Matematik dan juga bukan bergantung pada silibus sekolah tetapi lebih daripada itu sebenarnya. 

“Silibus sekolah ini terikat dengan silibus yang standard, kalau nak lihat kanak-kanak itu dari segi sudut ‘multiple intelligent’ boleh masukkan mereka dalam kelas renang, muzik... kita cuba pelbagaikan. 

“Malah sekarang ini ramai ibu bapa yang cipta silibus untuk anak sebab tidak mahu mereka hanya pandai satu aspek sahaja iaitu akademik mereka hendak pelbagaikan lagi kebolehan anak itu,” katanya. 

Ujarnya lagi, tahap pemikiran (IQ) bukan dinilai pandai dalam akademik sahaja, tetapi bermaksud seorang individu itu daripada usia bayi dua tahun sehinggalah dewasa mempunyai skil dan bakat yang berbeza. 

“Kadang-kadang ada anak-anak tak pandai Matematik dengan Sains, tapi minat dan selalu masuk pertandingan bahas serta sains teknologi itu sebenarnya satu kelebihan,” katanya. Artikel Asal: Sinar Harian
Previous Post Next Post