Murid perempuan menangis tudung 'berekor' dipotong, tukang jahit perjelas tindakan guru ikut peraturan


Viral di TikTok rakaman video memaparkan seorang guru menggunting ‘ekor’ tudung labuh yang dipakai pelajar di sekolah.

Rakaman video tular itu menyebabkan ada netizen tertanya-tanya apakah sebab utama menyebabkan cikgu bertindak macam tu.

Iyalah, mungkin sebelum ni netizen tengok murid nakal pakai tudung singkat dan baju singkat je kena denda kan? Pakai tudung labuh pun kena juga?

Di Facebook, tukang jahit pakaian muslimah dikenali sebagai Nur Eizyan Nazura menjelaskan murid sebenarnya dilarang pakai tudung labuh berekor sebegitu. Katanya, tudung yang ada ekor tu dah dikira sebagai fesyen.

Sebagai tukang jahit, dia rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini supaya tukang jahit yang lain lebih cakna mengenai peraturan sekolah.

Kalau jahit kena bulat sikit. Untuk video yang viral, pandang je lah dari sudut yang baik, kalau tidak kita tak tahu, dah viral, kita yang tailor dijadi cakna dengan peraturan sekolah.

Wanita ini berharap netizen tak menyalahkan cikgu dalam hal ni kerana ianya dah termaktub dalam peraturan sekolah. Iyalah, mungkin pelajar-pelajar dah kena ‘warning’ banyak kali pasal tudung tu, bila kena gunting tanggunglah akibatnya kan?

Jangan kecam cikgu

Dalam pada itu, pengguna Facebook berkenaan berharap agar pihak-pihak yang tidak mengetahui perkara tersebut tidak memarahi atau mengecam guru terbabit kerana dia menjalankan tanggungjawab yang betul memadangkan perkara terbabit sememangnya sudah termaktub dalam peraturan di sekolah.

“Jangan dimarah cikgu kerana hal ini termaktub dalam peraturan, mungkin sudah dipesan banyak kali, atau tiap tahun. Macam kita kt sekolah dulu. Kawan2 yg kena gunting seluar, tudung, semua kan dah kena tegur byk kali baru cikgu gunting. Ingat tak. Hehe,” tulisnya.

Kredit: Facebook Nur Eizyan Nazura

 

Previous Post Next Post