Surat kelulusan pembayaran gaji penjawat awam diawalkan tular di media sosial

Tular sekeping surat di media sosial berkenaan pembayaran awal emolumen dan pencen penjawat awam. Surat berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Perbendaharaan Malaysia. 

Surat tersebut memaklumkan Perbendaharaan Malaysia telah bersetuju meluluskan permohonan pengecualian AP 105 supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara Kerajaan bagi bulan November tahun 2022 dilaksanakan pada 17 November 2022 (Khamis) dan bayaran pencen dibuat pada 14 November 2022 (Isnin).

Semakan di laman web Jabatan Akauntan Negara hingga jam 6.00 petang masih belum kemaskini berkenaan makluman tersebut.

Surat berkenaan dilihat berlegar-legar di aplikasi Whatsapp dan Telegram serta Facebook.




Dj


Post a Comment

0 Comments