Dr Amin Senin ketuai MPPK, lapan tokoh pendidikan turut dilantik

Bekas Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk sesi 2023-2025.


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk sesi 2023-2025. 

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sejurus menyampaikan amanat tahun baharu bagi Kementerian Pendidikan (KPM). 

Amin akan dibantu Prof Datuk Dr Mohamad Fauzan Noordin sebagai Timbalan Pengerusi. 

MPPK turut dianggotai Prof Dr Omar Yaakob, Datuk Dr Mehander Singh Nahar Singh, Prof Datuk Dr Inayah Ya'akub dan Mohd Abd Aziz Mahmud. 

Anggota lain ialah Aminuddin Awang, Rusilawati Mohd Salleh dan Chee Poh Kiem. 

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, semua yang terpilih mempunyai kepakaran dan daripada latar belakang yang pelbagai dalam bidang masing-masing. 

"Pengalaman luas beliau (Amin) dalam bidang pendidikan dengan dibantu gabungan mantap lapan ahli MPPK lain, diyakini dapat memikul amanah membantu mengemudi sektor pendidikan negara dengan mengemukakan idea bernas yang membuka laluan ke arah pembaharuan, kesepaduan dan pendemokrasian pendidikan," kata kenyataan itu. 

Katanya, isu bebanan tugas guru menjadi tumpuan utama MPPK untuk diperhalusi sebelum cadangan penyelesaian terbaik bagi menanganinya dikemukakan kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan. 

"MPPK berperanan menasihati menteri (Pendidikan) berhubung apa-apa isu pendidikan yang dirujuk oleh menteri kepada MPPK dengan mengemukakan syor berkaitan," katanya yang turut memberitahu, keanggotaan majlis itu berdasarkan lantikan Menteri Pendidikan. 

MPPK yang ditubuhkan pada November 2010 mengikut Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550.

 

Previous Post Next Post