Jeti usang roboh, lebih 10 murid jatuh laut

SEMPORNA: Kira-kira lebih 10 orang murid sekolah rendah menjadi mangsa apabila terjatuh ke dalam laut akibat jeti dipercayai di Pulau Pababag, Semporna roboh.

Satu video berdurasi satu minit 30 saat yang merakamkan kejadian itu memaparkan beberapa orang sedang dalam cubaan menyelamatkan murid-murid tersebut.

Video itu juga mula tular di media sosial dan antaranya adalah yang dikongsi seorang pengguna Twitter, Jonathan @jonjonahah di media sosial itu.

“Dapat dari ‘group WhatsApp’. Kesiannya budak-budak sekolah. Semoga semuanya selamat dan baik-baik sahaja. Semoga Allah balas jihad mereka dengan masa depan yang baik,” tulis Jonathan pada Isnin.


Walau bagaimanapun, menerusi video yang dikongsi itu, keadaan murid yang menjadi mangsa tidak dapat dipastikan dan kejadian jeti roboh berlaku awal pagi ini.

Rata-rata warga maya yang memberi komen pada ciapannya itu menggesa agar kerajaan dan wakil rakyat di kawasan tersebut mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

Previous Post Next Post