Langkah 'rehatkan' iDME tidak selesaikan masalah

Imej hiasan

Kuala Lumpur: Kalagan guru berpendapat langkah Kementerian Pendidikan (KPM) 'merehatkan' Sistem Pengurusan Identiti (iDME) selama dua hari hujung minggu lalu masih tidak menyelesaikan masalah apabila sistem itu masih lembap dan gagal diakses pada waktu tertentu. 


Wartawan BH turut melihat sendiri kesukaran beberapa guru yang mengambil masa berjam-jam untuk mengakses masuk, khususnya ke aplikasi Pengurusan Pentaksiran apabila kerap kali berakhir dengan ralat yang tertera 'laman ini tidak boleh dicapai'.


Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah meluahkan kekecewaan kerana masih gagal mengakses sistem iDME selepas berkali-kali mencubanya sejak semalam.


"Saya tak faham mengapa masih tak boleh akses ke untuk masukkan markah pelajar ke aplikasi Pengurusan Pentaksiran. Lebih menyusahkan, hampir semua waktu tak kira pagi, petang atau malam pun gagal masuk. Kalau capaian baik pun sekitar jam 3 ke 4 pagi.


"Bayangkan kalau satu kelas. ada 40 murid. Itu baru satu kelas untuk kami isi. Jika ada lapan hingga 10 kelas, terlalu banyak beban kerja akan tergendala," katanya kepada BH, semalam. 


Kelmarin, BH melaporkan keluhan guru yang bimbang tidak mampu menyiapkan tugasan mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), sebelum cuti akhir persekolahan seisi 2022/2023 hujung minggu ini menggunakan sistem iDME. 


Mereka mendakwa sistem. berkenaan bukan sahaja menyusahkan guru, malah mengganggu tugas hakiki mereka. Faridah turut meminta KPM lebih prihatin menangani isu berkenaan dan tidak memberi kan penyelesaian jangka pendek yang hanya mampu menangani masalah untuk tempoh sementara.


"Cukup-cukuplah jadikan kami bahan uji kaji. Janji KPM nak kurangkan beban tugas guru. Sekarang apa yang kami dapat? Lebih teruk lagi nampak nya. Sudahlah minggu akhir ini ada pelbagai program di sekolah seperti hari anugerah kecemer- langan, jamuan akhir tahun dan jadi pengawas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Kalau guru bersuara, kami dikatakan sengaja menolak kerja. Jika boleh, KPM kajilah dengan teliti kekuatan dan kelemahan sesebuah sistem sebelum diperkenal," keluhnya.


Ketidakstabilan pelayan Berkongsi masalah sama, guru di sebuah sekolah menengah di kenali sebagai Noraisah berkata, ketidakstabilan pelayan (server) perlu diatasi menjadi punca utama kesukaran mengakses ke dalam sistem berkenaan. tumu Katanya, jika sistem berkenaan berjaya diakses sekalipun, tiba-tiba markah yang sudah diinput 'hilang' sebaik dibuat semakan semula.


"Saya baru dapat isi markah untuk satu kelas, ada empat lagi kelas yang belum diselesaikan. Tapi yang berjaya buat untuk satu kelas itu pun bila buka ba- lik sistem, hilang semuanya. 


"Saya ulang empat kali, tetapi markah berkeaan tak terpapar," katanya yang menambah, beban tugas makin berat kerana turut bertugas sebagai Pengawas SPM sehingga Mac nanti.


Guru sebuah sekolah menengah di Selangor yang dikenali sebagai Razali turut menggesa KPM memantapkan sistem berkenaan supaya ia 'mesra pengguna'.


"Keadaan sekarang seolah-olah iDME tak bersedia menangani kemasukan data yang banyak dalam satu-satu masa.


"Jika dari awal KPM keluarkan arahan supaya guru mengisi markah secara berperingkat mengikut negeri dengan garis panduan yang jelas, mungkin tak seteruk sekarang. Bayangkan 400,000 guru akses pada waktu yang sama. Tentunya akan berlaku masalah capaian," katanya.


Bagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, KPM katanya perlu merangka tindakan daripada aspek teknikal, terutama penambahbaikan sistem secara menyeluruh.


"Sudahlah sistem tidak mesra pengguna, guru dilambakkan dengan pelbagai aplikasi dalam talian yang lain. Macam-macam sistem kami perlu guna. 


"Saranan saya, sistem lain perlu dimansuhkan untuk perkasakan iDME. Tidaklah guru tertekan dan terbeban kerana perlu isi pelbagai rekod pelajar melalui sistem yang berbeza," katanya.

1 Comments

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua reg user EForm SUPD.

    Info terkini perkembangan analisis alternatif.

    SAPS ❌❌❌
    SPPB (IDME) ✅
    EFORM SUPD ✅
    EFORM SUPD + SPPB (IDME) ✅✅👍

    Berikutan penamatan SAPS diluar jangkaan, Alhamdulillah code VBA telah berjaya dibina utk membolehkan auto import masuk ke EForm GK.

    Antara implikasinya :
    🎯 Data markah yg guru subjek keyin dlm SPPB (idme) mampu digunakan dan di analisis dgn maksimum menggunakan Pakej EForm SUPD.

    🎯 Tiada pembaziran masa (keyin semula).

    🎯 Hasil analisis segera menjadi 'nilai tambah' / pelengkap kpd analisis yg tersedia dlm SPPB.

    🎯 Guru subjek bermotivasi melengkapkan segara data SPPB kerana hasil analisis lengkap akn kembali kpd mereka utk tujuan intervensi segera.

    📌 Reg user sedia ada Sila hubungi Cikgu Arivai utk 'add-on' kemudahan ini (dikenakan sumbangan RM50 shj) sekaligus perolehi versi EFORM SUPD versi terkini (Percuma).

    🔥 Untuk sekolah yg belum memiliki template alternatif ini, Sila hubungi admin utk dptkan sebut harga versi terkini.

    Selamat membuat analisis maksimum dgn pantas, mudah, kemas dan berinovasi.

    👇Contoh hasil analisis 👇
    https://drive.google.com/drive/folders/1acLXv4TQRoHLYw_r9a6nWLXRfbVKZpnF

    👇👇Join group telegram 👇👇
    https://t.me/+P7_BFG7hUb_4NrXF

    ReplyDelete
Previous Post Next Post