Bekas penerima APC maut terjun dari tingkat 21 kondominium

LOKASI kejadian penjawat awam ditemukan maut dipercayai terjun dari tingkat 21 sebuah kondominium. FOTO tular

Kuala Lumpur: Penjawat awam yang pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di sini, semalam. 


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9 malam.

"Mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan terbaring di kaki lima di kediaman berkenaan oleh pengawal keselamatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan mangsa ditemukan di tingkat bawah kediaman berkenaan.

Difahamkan, mangsa adalah penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.
Previous Post Next Post