Tiada bonus raya untuk penjawat awam

Anwar berkata, kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat. - Gambar fail


KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan telah meluluskan pemberian insentif khas RM2,000 seperti yang diumum sebelum ini.

Selain itu, kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media setelah mengadakan tinjauan suasana di bazar Ramadan Taman Kerang, Kuantan pada Sabtu.

Selain itu, mengulas mengenai isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU), Perdana Menteri berkata, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada jemaah menteri berhubung isu itu minggu depan.
Previous Post Next Post