Guru lelaki pukul cikgu wanita di kantin ditahan polis



Kuala Terengganu: Polis menahan guru lelaki yang dipercayai memukul rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman semalam. 

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 49 tahun itu ditahan di sebuah kuarters guru kira-kira jam 9.30 malam tadi. 

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut. 

Katanya, penahanan suspek dilakukan susulan laporan yang dibuat mangsa yang juga guru wanita di Balai Polis Air Putih jam 8.20 pagi semalam. 

"Mangsa yang juga guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun memaklumkan ditumbuk dan disepak suspek di kawasan kantin sekolah pada jam 6.55 pagi. 

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pemb
Previous Post Next Post