Guru TABIKA perlu ada ijazah

BANGI: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyasarkan kelayakan bagi perjawatan baharu tenaga pengajar TABIKA KEMAS perlu mempunyai ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia bagi meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS seiring perubahan semasa, namun cadangan itu masih di peringkat awal dan belum dijadikan dasar di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang mengelola urusan KEMAS.

Beliau berkata, kelayakan bagi perjawatan semasa 10,416 Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS di seluruh negara hanya diploma pendidikan awal kanak-kanak.

"Sudah sampai masanya Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS perlu ada ijazah sarjana muda. Ini bagi meningkatkan profesion ke tahap baharu pada masa akan datang. Kemenjadian kanak-kanak juga bergantung kepada bagaimana Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS menguruskan mereka dalam kelas.

"Ini kerana proses pembelajaran kanak-kanak ini lebih berat dan payah berbanding murid di sekolah rendah," katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) 2021 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin, di sini petang ini.

Mahdzir berkata, pendidikan awal kanak-kanak perlu seiring kualiti sistem pendidikan disediakan dengan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan diperlukan ibu bapa untuk anak mereka.

"Sesebuah TABIKA berkualiti mampu menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang, seterusnya mampu meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak agar dapat menangani cabaran abad ke-21. Berdasarkan 'National Association for the Education of Young Children 2018', terdapat 10 aspek standard boleh menjadikan tadika berkualiti.

"Kualiti sesebuah tadika itu juga dapat dilihat daripada pengiktirafan diterima," katanya turut memaklumkan, TABIKA KEMAS sekali lagi merangkul anugerah 'Trusted Brand of the Year 2020' dan Anugerah Emas bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia oleh Reader's Digest Asia.

"Ini bukti kelas TABIKA KEMAS, tenaga pengajar dan sistem pembelajarannya setaraf tadika swasta. Ia mengulangi kegemilangan pada 2017 apabila dianugerahkan Jenama Paling Dipercayai oleh rakyat Malaysia pada 2020 dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

"Pengiktirafan terbaharu ini berdasarkan undian dalam talian dijalankan Reader's Digest kepada hampir 8,000 responden mengenai pandangan mereka terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia," katanya.

Mahdzir berkata, pendidikan awal kanak-kanak perlu seiring dengan kualiti sistem pendidikan disediakan dengan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan diperlukan ibu bapa terhadap anak mereka.

"Sesebuah TABIKA berkualiti mampu menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang, seterusnya dapat meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak agar dapat menangani cabaran abad ke-21.

"Berdasarkan 'National Association for the Education of Young Children 2018, terdapat 10 aspek standard boleh menjadikan tadika berkualiti. Kualiti sesebuah TABIKA itu juga dapat dilihat daripada pengiktirafan diterima," katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, TABIKA KEMAS sekali lagi merangkul anugerah 'Trusted Brand of the Year 2020' dan Anugerah Emas bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia oleh Reader's Digest Asia.

Beliau antara lain menyifatkan anugerah berkenaan sebagai bukti TABIKA KEMAS, tenaga pengajar dan sistem pembelajarannya setaraf tabika swasta.

"TABIKA KEMAS sekali lagi mengulangi kegemilangannya pada 2017 setelah dianugerahkan Jenama Paling Dipercayai oleh rakyat Malaysia pada 2020 dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

"Pengiktirafan ini berdasarkan undian atas talian dijalankan Reader's Digest kepada hampir 8,000 responden mengenai pandangan mereka terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia," katanya.
Previous Post Next Post