Kereta terbabas langgar pembetung, guru wanita maut sebelum sampai sekolah

SERIAN: Seorang guru maut akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 5 Jalan Serian-Tebedu hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Nur Amiza Amira Abdullah, 29, dan beralamatkan dari Kampung Pangkalan Kuap, Kota Samarahan.

Menurutnya, mangsa semasa kejadian memandu sebuah kereta dari arah Serian menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu tempatnya mengajar pada jam 7.20 pagi.

“Kemalangan berlaku apabila kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar culvert (pembetung) konkrit di jalan raya tersebut. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kemalangan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan masih dijalankan dan kita difahamkan semasa kemalangan berlaku, cuaca hujan dan permukaan jalan basah serta berselekoh,” katanya.



Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
Previous Post Next Post