Cuti tanpa gaji untuk penjawat awam yang enggan divaksin

SINGAPURA: Kakitangan awam di negara ini yang memilih untuk tidak divaksinasi walaupun layak daripada segi perubatan, mungkin dikenakan cuti tanpa gaji sebagai penyelesaian terakhir, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) republik itu. 


Ia susulan selepas pengumuman Kementerian Kesihatan pada 23 Oktober lalu, anya pekerja yang lengkap divaksinasi sepenuhnya atau mereka yang pulih daripada COVID-19 dalam tempoh 270 hari lalu, dibenarkan kembali ke tempat kerja mulai tahun depan.

Menjawab pertanyaan daripada CNA, jurucakap PSD memaklumkan, mulai 1 Januari depan, pihaknya membenarkan penjawat awam yang tidak divaksin untuk bekerja dari rumah sekiranya keadaan sudah membenarkan kembali ke pejabat.

Penjawat awam itu itu mungkin diberikan tugas lain yang boleh dilakukan dari rumah jika pekerjaan sedemikian tersedia, dengan imbuhan 'sepadan dengan tanggungjawab pekerjaan alternatif', kata jurucakap itu lagi.

"Jika mereka memilih untuk tidak divaksin walaupun layak secara perubatan, kita boleh meletakkan mereka bercuti tanpa gaji sebagai pilihan terakhir atau membenarkan kontrak itu tamat tanpa diperbaharui," katanya.

Ia selaras dengan langkah yang digariskan bulan lalu, oleh Kementerian Tenaga Manusia dan Kementerian Kesihatan, bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura.

Menurut laman sesawang PDS, Singapura mempunyai kira-kira 153,000 penjawat awam di 16 kementerian dan lebih daripada 50 badan berkanun.

Menurut PDS, kira-kira 98 peratus sudah lengkap divaksinisasi iaitu pencapaian sangat menggalakkan dan baki dua peratus itu membabitkan kira-kira 3,000 pekerja.

Katanya lagi, ia adalah 'sebilangan kecil' yang tidak layak daripada segi perubatan bagi vaksin mRNA yang merujuk vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Sehubungan itu, katanya., mereka dinasihatkan mendapatkan vaksin bukan-mRNA di bawah program vaksinasi kebangsaan iaitu vaksin Sinovac.

Pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia pada Oktober itu menyatakan pekerja tidak mahu divaksin yang kerjanya tidak dapat dilakukan di rumah mungkin ditamatkan pekerjaan mereka sebagai pilihan terakhir.

"Jika penamatan pekerjaan disebabkan oleh ketidakupayaan pekerja berada di tempat kerja untuk melaksanakan kerja kontrak mereka, penamatan pekerjaan itu tidak akan dianggap sebagai pemecatan yang tidak sah," katanya. – AGENSI

Post a Comment

0 Comments