Muat Turun Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Mata Pelajaran Terpilih


Guru sebagai pelaksana dasar perlu sentiasa meningkatkan integriti demi kelangsungan usaha melahirkan anak bangsa yang berkuliti sejajar dengan hasrat kerajaan ingin menuju negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, JSU merupakan cara yang baik membantu guru menyediakan soalan berkualiti.

JSU bermaksud;
  • jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik dan objektif yang hendak dicapai. 
  • dikenali juga sebagai JPU iaitu Jadual Penentuan Tugasan. 
  • merupakan sebuah blue print (kerangka ujian). 
  • kandungan merupakan topik-topik dalam sukatan pelajaran, manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan berasaskan Taksonomi Bloom.

Fungsi JSU
  • sebagai panduan untuk menggubal soalan secara terancang. 
  • menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuji. menentukan bidang dan pemberatan yang akan diberi. 
  • menentukan aras item dan bilangan. menyelaraskan aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian. 
  • Contoh (5:3:2= Mudah: Sederhana: Sukar) menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. 
  • membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain. membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.

Tujuan Pengujian
  • mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai. 
  • mengesan kemajuan yang diperoleh pelajar. 
  • menentukan penempatan murid mengikut kebolehan dan kemampuan. 
  • membolehkan tindakan susulan dilaksanakan.

Prinsip-prinsip pembinaan dan pentadbiran ujian
  • tentukan tujuan 
  • tentukan isi kandungan 
  • membentuk JSU 
  • menulis item/ soalan 
  • menyemak item/ soalan 
  • mentadbir ujian

Langkah-langkah pembinaan JSU

1) Mengkaji Sukatan Pelajaran
  • mengkaji skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. 
  • mengkaji pendekatan yang boleh diambil dalam p & p. 
  • kepentingan bandingtara antara tajuk-tajuk. 
  • masa pengajaran yang diperuntukan untuk sesuatu tajuk.

2) Menganalisis objektif pelajaran
  • menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. 
  • menentukan tahap kesukaran yang mahu diuji.

3) Menentukan jenis item
  • bergantung kepada domain objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada kognitif, psikomotor, afektif ataupun sosial.

4) Menentukan bilangan soalan
  • bilangan soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran. 
  • jumlah soalan boleh mempengaruhi kesahan. 
  • jangka masa ujian, jenis ujian, kesukaran soalan, panjang soalan, kemampuan bahasa juga perlu diambil kira.

Komponen Item
  • Rangsangan 
  • Tugasan 
  • Arahan 
  • Peraturan/ Pemarkahan 
  • Pilihan jawapan

Kredit nota: Saya Cikgu Bahasa

MUAT TURUN CONTOH-CONTOH JSU MATA PELAJARAN TERPILIH:












Previous Post Next Post