Guru ditumbuk murid lapar


Beijing: Seorang guru di Hunan, China ditumbuk pelajarnya yang lapar selepas dihalang guru itu untuk berehat. 

World of Buzz melaporkan, seorang guru ditumbuk oleh seorang pelajarnya kerana didakwa menghalang kelas daripada keluar untuk rehat makan tengah hari. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan serangan itu tular di Weibo dan platform media sosial China mendorong perbincangan dalam kalangan netizen di negara itu. 

Dalam video itu, pelajar itu boleh dilihat duduk di bahagian belakang kelas secara tiba-tiba meluru ke arah gurunya dan cuba membelasahnya.

Dia sempat menumbuk guru wanita itu beberapa kali sebelum beberapa rakan sekelasnya menahannya dan akhirnya berjaya menghalang pelajar yang 'lapar' itu. 

Terdahulu dalam video itu, pelajar itu boleh dilihat menghentak penumbuknya di atas meja kerana kecewa sebelum tiba-tiba pergi menyerang guru itu. 

Serangan itu menyebabkan guru itu mengalami beberapa luka dan lebam di muka terutama di sekitar pipi dan matanya.

 

Previous Post Next Post