Makluman Awal : Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) / Separuh Masa / Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2022 akan dibuka pada akhir Disember 2021 dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan April 2022. 

Sehubungan dengan itu, sekiranya ada yang berhasrat untuk memohon bagi program HLP/HLPS ini, mereka disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.

 


Previous Post Next Post