SPI Bil. 5/1977: Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah


Cuti sekolah bakal bermula, perkara biasa yang menjadi persoalan ialah perlukah guru bertugas sepanjang cuti ataupun sebahagian cuti. 

Sudah menjadi kebiasaan guru akan bertugas semasa cuti sama ada menjaga sekolah, latihan dalam perkhidmatan, menyelesaikan tugas-tugas pengkeranian dan pelbagai tugasan lagi. 

Di Sarawak, guru pedalaman biasanya perlu memperuntukkan 2 hari atau lebih daripada cuti untuk bertugas menjaga sekolah kerana kebiasaanya ada pelawat ataupun syarikat yang menghantar buku teks ataupun barangan sekolah. Jadi, guru ini perlu bersedia untuk menjadi pegawai penerima. 

Di sekolah di bandar pula, guru biasanya perlu berada di sekolah 2 minggu dalam cuti penggal akhir tahun untuk menyelesaikan pelbagai perkara. 

Ada juga sekolah yang tidak memerlukan gurunya bertugas semasa cuti kerana guru besar dan penolong kanan dapat bertugas semasa cuti. 

Persoalannya, perlukah ataupun wajibkan guru bertugas semasa cuti??? 

Bagi menjawab persoalan ini, para guru boleh rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1977

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 : Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah 

Guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun. 

Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara/kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah.

Namun begitu, menurut NUTP, guru akademik tidak seharusnya diminta bertugas di sekolah semasa cuti penggal kerana mereka tidak ada kuasa eksekutif. 

Dalam pada itu, jika merujuk kepada surat pekeliling ikhtisas bilangan 5 tahun 1977 berkaitan dengan Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan ada dinyatakan di para 4 agar Pentadbir Sekolah merancang segala tugas pada waktu cuti penggal sekolah lebih awal supaya tugas-tugas dapat dibahagikan dengan lebih saksama dan teratur.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga bersetuju pada prinsipnya guru-guru tidak seharusnya diwajibkan bertugas secara bergilir-gilir untuk menjalankan tugas ketika Guru Besar / Penolong Kanan tidak bercuti semasa cuti penggal," katanya lagi.


Previous Post Next Post