Ujian SEGAK anak 'Tidak Lulus', bapa buat laporan polis

Imej hiasan via Facebook

11 Disember - Seorang bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pelaporan Pentaksiran Standard Kecergasan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) anaknya telah membuat satu laporan polis mengenainya.

Laporan polis tersebut telah dimuat naik di laman kumpulan Facebook Kami Guru Malaysia.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh bapa murid tersebut, ke semua keputusan ujian SEGAK anaknya tidak lulus sedangkan anaknya aktif dalam aktiviti sukan seperti larian dan memanah. 

"Tujuan saya membuat laporan kerana tidak berpuas hati serta mahu Pengetua sekolah untuk mengkaji semula keputusan yang diberi dan mahu rujuk pihak Pejabat Pendidikan Daerah," katanya.

Menurut individu yang memuat naik status berkenaan, salah faham yang telah berlaku menyebabkan laporan polis ini telah dibuat.

"Murid dalam status TL (Tidak Laksanakan) pada SEGAK, ada ibu bapa buat report polis atas sebuah sekolah sebab bagi keputusan murid tu 'Tidak Lulus',

"Tidak Laksana dan Tidak Lulus tu berbeza ye," jelasnya.

Rata-rata netizen kecewa dengan tindakan bapa murid tersebut yang tidak merujuk kepada pihak sekolah terlebih dahulu berkenaan status anaknya itu.

Previous Post Next Post