Uncle Kentang terharu, sebak guru Melayu gigih bantu murid Cina

Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng aktivitis masyarakat yang tidak perlu diperkenalkan lagi. 

Beliau terkenal dengan sikap pemurah dan sanggup membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Baginya, setiap rakyat Malaysia yang dalam kesusahan, perlu dibantu.

Terbaru, beliau berkongsi satu posting di akaun Facebook beliau berkenaan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang gigih membantu seorang murid cina yang akan menduduki SPM pada tahun ini.

Ikuti sorotan perkongsian beliau:

OK.... ini dia guru Melayu yang nekad bantu seorang pelajar Cina... beliau hambat saya berkali kali dan akhir nya saya ke sekolah... bertemu Wong... Wong seorang remaja yang bakal menghadapi SPM dalam masa terdekat....

Akan tetapi emak beliau sakit... mereka menyewa sebuah bilik di Pandan Indah... dan setiap kali Wong perlu berikhtiar mencari duit untuk membayar sewa dan kadang kadang di bantu oleh saudara mara...

Wong dan mak menyewa bilik RM 350 sebulan... dan Wong akan mencari kerja part time di kedai runcit untuk membantu menghantar barang demi mencari sedikit wang bagi menyara mak dan juga diri sendiri.... dengan di bantu saudara...

Mak Wong kurang sihat dan tiada mampu bekerja... Wong memaklumkan beliau tak ada duit beli tilam dan hanya tidur di lantai berlapit selimut sementara mak tidur di atas katil ( lawatan ke bilik belum di lakukan).

Wong naik bas percuma setiap kali ke sekolah. Dan kedatangan beliau ke sekolah SMK Taman Maluri adalah penuh dan bukan pelajar yang suka skip klass.

Beliau mendapat lapuran yang amat baik dari bukan satu guru tetapi ramai guru. Wong di khabarkan makan hanya sekali di Sekolah dan itupun di taja oleh Cikgu.

Hari ini saya melawat beliau di SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur. Cikgu Hayati dan rakan sejawat beliau menceritakan yang baik sahaja kepada saya. Kami berjaya "memberkas" guru guru yang akan tolong beliau secara one to one. Fokus tiution dan brush up sebelum SPM. Kita telah serahkan token token untuk guru guru yang akan membantu beliau. Sungguh mulia hati cikgu cikgu yang nak membantu Wong.

Yang menarik perhatian saya, Cikgu Hayati, seorang anak Melayu Malaysia... seorang counsellor sekolah yang sungguh peka dan tajam mata dan hati... kerana nekad dan bersungguh sungguh "mengejar saya" dan menyalurkan maklumat maklumat penting... untuk saya bergegas ke sekolah menemui Wong... keikhlasan membantu terpapar di wajah seorang pendidik...

Saya terkulai lemah dengan kerendahan diri saya... saya kena akui... saya teruja dengan cikgu ini... dan ia mengimbas kembali sejarah saya sebagai seorang student yang amat miskin... dan di situ lah saya menerima bantuan cikgu... cikgu... saya terlihat dalam cermin... yang lalu... sejarah yang silam yang pernah saya lalui... kini ternyala lagi... seolah mengingatkan saya...bahawa warga pendidik... mereka adalah terbaik dan mulia hati mereka... terima kasih kepada cikgu cikgu...

Saya menyampaikan sejumlah besar wang untuk Wong beli baju raya... beli apa yang beliau perlu untuk SPM.... terima kasih Cikgu Hayati dan cikgu cikgu yang mulia hati...

MALAYSIA KEMBALI BERSINAR... AKU MENITIS AIR MATA SEKALI LAGI... KERANA KU LIHAT KETULUSAN SEORANG REMAJA MENJAGA EMAK... YANG SAKIT... DAN KEMULIAAN NILAI GURU GURU MENJAGA STUDENT STUDENT MEREKA...

Terima kasih kepada semua Cikgu di Malaysia... kamu hebat dan awesome semua....

LAST SEBELUM AKU BEREDAR... Wong belajar lah bersungguh sungguh.. kami akan menaja kamu kalau kamu berjaya menatap kaki ke IPTA... semoga kamu berjaya...

Previous Post Next Post