Fahami proses peletakan jawatan sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru)


Terdapat beberapa situasi di mana seorang penjawat awam, khususnya seorang guru ingin meletakkan jawatannya sebagai seorang guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). 

Situasi ini berbeza daripada perkhidmatan tersebut ditamatkan, bersara ataupun dipecat. 

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan peletakan jawatan? 

1. NOTIS PERLETAKAN JAWATAN 

  • Tempoh Notis peletakan jawatan adalah selama 30 hari atau satu bulan gaji sebagai ganti notis. 
  • Notis peletakan jawatan yang telah dikemukakan boleh ditarik balik sebelum peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa. 
  • Jika peletakkan jawatan telah berkuatkuasa, keputusan tersebut adalah muktamad dan tidak boleh ditarik balik. 

2. CUTI TANPA GAJI (CTG) SEBAGAI NOTIS PELETAKAN JAWATAN 

  • Mulai daripada 28 Januari 2015 dan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Tahun 1 Tahun 2015, tempoh CTG boleh diambikkira sebagai tempoh notis peletakan jawatan. 

3. BEZA PELEPASAN JAWATAN DAN PELETAKAN JAWATAN 

  • Pelepasan jawatan - Pelepasan jawatan adalah bagi pegawai yang menerima tawaran jawatan daripada mana-mana pihak perkhidmatan awam iaitu SPA, SPP, Suruhanjawa Perkhidmatan Kehakiman dan perundangan dan Suruhanjaya Pasukan Polis. 
  • Peletakan jawatan - Peletakan jawatan adalah bagi pegawai yang menerima jawatan daripada perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun (persekutuan atau negeri) atau pihak berkuasa tempatan ATAU tidak lagi berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan dengan perkhidmatan kerajaan

4. STATUS PELETAKAN JAWATAN JIKA MASIH BERHUTANG DENGAN KERAJAAN 

  • Peletakan jawatan tetap berkuatkuasa, walau bagaimanapun, pegawai bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala hutang piutang dengan pihak kerajaan. Pegawai tidak layak menerima sebarang faedah daripada pihak kerajaan. 

5. LANTIKAN SEMULA 

  • Pegawai yang telah meletak jawatan dalam perkhidmatan awam boleh dilantik semula dalam perkhidmatan awam. 

6. KESAN TERHADAP PERKHIDMATAN JIKA TERIMA TAWARAN JAWATAN LAIN DI BADAN BERKANUN, PIHAK BERKUASA TEMPATAN ATAU KERAJAAN NEGERI. 

  • Bagi pegawai yang meletak jawatan kerana menerima pelantikan ke mana-mana jawatan dalam perkhidmatan Awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau syarikat yang Kerajaan mempunyai kepentingan perkhidmatan yang lepas boleh diambilkira untuk faedah persaraan selaras dengan Peraturan-peraturan Pencen (Pindaan) 2012 – Peraturan 6 – 3(a)(aa). 

PROSEDUR : PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2015 - DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DAN PELETAKAN JAWATAN 

Sumber: KPM - Perkhidmatan Sumber Manusia

Previous Post Next Post