Guru aktif berpolitik boleh bawa isu pendidikan lebih jauh - Pakar

Guru kini dibenarkan terlibat secara aktif dalam politik dan kementerian pendidikan dijangka mengeluarkan garis panduan komprehensif berhubung perkara itu - Imej hiasan

Lain pula pandangan pakar pendidikan, Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berkata majoriti ahli politik hari ini daripada golongan peniaga.

Beliau percaya penglibatan lebih ramai golongan pendidik dalam pentas politik akan memberi manfaat, terutama isu pendidikan.

“Sebab itu naratif politik lebih menjurus kepada isu ekonomi dan perniagaan, isu kontrak dan tender,” jelasnya.

“Guru-guru yang aktif politik akan mengangkat isu-isu pendidikan negara terus kepada kerajaan, malah suara mereka akan lebih kuat apabila berada dalam politik.”

Anuar percaya guru yang berminat untuk terlibat dengan politik “sangat kecil” daripada jumlah keseluruhan guru, yang kira-kira lebih 420,000 orang.

“Saya tidak melihat akan timbul masalah besar kepada sistem perguruan negara apabila guru dibenarkan aktif dalam politik.

“Selain itu, garis panduan etika keguruan dan perintah am penjawat awam sedia ada akan menjadi panduan para guru apabila aktif dalam politik,” katanya.

 

Previous Post Next Post