Pekeliling: Larangan Penjawat Awam Untuk Kendali Kutipan Derma


Populariti dan pengaruh kini menjadi satu trend dalam masyarakat Malaysia. Dengan penggunaan media sosial, seseorang itu mampu mencapai pengikutnya hingga ratusan ribu.

Namun begitu, jika beliau seorang penjawat awam, beliau masih tertakluk kepada pekeliling yang wajib beliau patuhi.

Antara aktiviti yang begitu popular di kalangan 'selebriti internet' ini adalah melakukan kerja amal, mengutip sumbangan, menyumbang khidmat dan pelbagai lagi.

Sebagai penjawat awam, aktiviti-aktiviti berkenaan masih tertakluk di dalam pekeliling yang perlu mereka patuhi.

Sebagai contoh, mengutip derma atau sumbangan. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998: Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam menyatakan di muka surat 10 dengan tajuk Pungutan Derma oleh Kesatuan/Pertubuhan pada perkara 25, jika sekiranyna terdapat kesatuan / pertubuhan yang tidak berdaftar yang melibatkan atau dikendalikan oleh pegawai awam atau Jabatan Kerajaan ia dilarang daripada mengutip derma.

Oleh yang demikian, jika anda komited dalam melakukan kerja kebajikan, tiada halangan untuk berbuat demikian, namun perlu mengikut saluran yang betul supaya tiada tindakan tatatertib dikenakan atas anda.

 

Previous Post Next Post