Tips membeli projektor untuk kegunaan di sekolah


Berikut kami kongsikan beberapa tips sebelum anda memilih untuk membeli projektor bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1. Harga yang berpatutan

Ikut keperluan dan bajet anda. Terdapat pelbagai jenis projektor yang semurah RM300 hinggalah semahal RM500. Projektor LCD agak mahal berbanding LED berdasarkan kualiti yang dipaparkan.

2. Kualiti kecerahan (lumen light)

Lampu atau kecerahan lumen penting supaya gambar dapat dipancarkan dengan jelas dan terang serta berkualiti. Lampu lumen yang baik biasanya mesti melebihi 2500 ke atas. Biasanya projektor LCD yang baik mempunyai lumen 3000 ke atas. 

Walaupun harganya lebih tinggi dari atau mahal dari LED projector, LED projektor tak mampu menyaingi lumen LCD dari segi kecerahan. 

Oleh kerana itulah LCD projektor lebih sesuai digunakan di dalam kelas ,makmal sains atau ditempat yang cerah, kerana kecerahan lampunya memang terbaik. Jika untuk pengajaran di kelas lumen 2500 ke atas sudah memadai. Jika untuk di rumah, biasanya buat menonton movie, 1500 keatas lumen sudah memadai.

3. Saiz dan berat

Bergantung kepada kegunaan dan keselesaan anda. Namun jika anda memilih projektor bersaiz kecil, berhati-hati juga dengan kualiti gambar yang ditawarkan dan juga kualiti kecerahan lumennya.

4. Sambungan port yang pelbagai.
Perkembangan teknologi memperlihatkan pelbagai jenis sambungan dihasilkan bagi menghubungkan antara laptop dan projektor. Daripada tanpa wayar hinggalah pelbagai wayar seperti USB, Type C Cabel, HDMI dan pelbagai lagi.

5. Jangka hayat lampu

Jika nada perasan apabila selalu digunakan, ada ketikanya lampu LCD akan menjadi semakin malap dan suram. Ini adalah kerana LCD mempunyai jangka hayatnya.

Pada asasnya, lampu LCD mempunyai hayat sehingga 2000 - 3000 jam. Penggunaan yang optimum dan betul akan dapat memanjangkan lagi hayat lampu LCD ini.


CADANGAN PEMBELIAN PROJEKTOR MINI DENGAN HARGA DAN KUALITI YANG BERPATUTAN

1. Wanbo Mini Portable Projector T2 Max
Antara senarai projektor yang memberikan resolusi 4K yang pastinya memberikan gambar lebih tajam. T2 Max ini juga terbina dengan sistem Android di dalamnya dengan storan 16GB dan 1GB RAM. 

Selain itu, support bluetooth, screen mirroring dan sudah pastinya sambungan Wifi. Juga antara siaz pancaran terbesar iaitu 40-120 inci. Wanbo ini antara jenama dibawah Xiaomi. Jadi pastinya memberikan kualiti yang terbaik.

Harga: RM388 - RM618 | https://shope.ee/6KOTuQhYGG

2. Wanbo Mini Portable Projector T2 Max


Sebuah lagi projektor mini dengan saiz tapak tangan sahaja. Portable dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. 

Projektor ini menyokong sambungan USB, HDMI, TF card dan micro USB. Selain itu, terdapat juga ciri mirroring. Jadi anda boleh sambung smartphone atau tablet anda secara tanpa wayar


3. W80 HD 1080 Android Projector
Ini sebuah lagi mini projektor yang menawarkan sistem Android terbina di dalamnya. Anda boleh terus tonton tanpa perlukan apa-apa sambungan peranti lain. 

Saiz pancaran terbaik adalah sekitar 60 hingga 80 inci dengan kadar kecerahan sehingga 400- lumens. Sistem audio yang terbaik, sambungan Wifi, bluetooth dan juga skrin resolusi 1280x720P 

Harga: RM229 – RM397 | https://shope.ee/400Z8xZovI

4. MiniBeam Ultra Portable Mini LED Pico Projector

Sebuah projektor mini yang bersaiz sebesar tapak tangan sahaja tetapi masih memberikan pencahayaan dan kualiti yang baik. 

Saiz penyelarasan terbaik antara 20-60 inci dengan aspect ratio 4:3. Mini projector ini memberikan sambungan USB, TF Card, HDMI dan juga terdapat port 3.5mm headphone. 

Harga: RM129 – RM139 | https://shope.ee/7pDHiAUjM8

5. 6000 Lumes Android Mini Projector

Sebuah projektor mini yang dipasang khas dengan sistem Android. Juga mempunyai sambungan Wifi. Ini bermakna anda boleh terus menonton kandungan seperti Youtube dan Netflix tanpa perlu pasang dengan Androi Box lain. 

Selain itu, projector ini juga mampu diselaraskan sehingga 150 inci dengan paparan HD dan yang terbaik adalah antara 60-80 inci. Ada juga sambungan bluetooth. Kadar kecerahan adalah 6000 lumens 

Harga: RM239 – RM355 | https://shope.ee/1pw4ZjP9Tk






Previous Post Next Post