Unjuran KPM tidak betul punca kekurangan guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam - Azizee

Imej hiasan

SHAH ALAM - Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak meletakkan satu unjuran yang betul bagi jumlah bilangan guru subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga pengajar tersebut.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, sekiranya KPM membuat opsyen yang betul dengan membuka peluang bidang Ijazah Sarjana Muda di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institut pengajian tinggi (IPT), maka isu kekurangan guru tersebut tidak berlaku.

“Jadi, saya sarankan untuk masa akan datang, KPM perlu ada satu unjuran opsyen. Maksudnya berapa bilangan guru yang diperlukan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Jika ia ditawarkan di peringkat IPG dan IPT, saya rasa kita dapat mengatasi isu kekurangan graduan pendidikan dalam ikhtisas Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pihaknya mendapati terdapat kekurangan bilangan graduan yang mempunyai Ikhtisas Pendidikan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam untuk pengambilan guru.

Bagaimanapun beliau berkata, KPM akan berusaha mencari bekalan guru yang mempunyai ikhtisas dua subjek kritikal berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Azizee turut mencadangkan supaya guru interim Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam yang ketika ini masih berstatus kontrak diserap masuk sebagai jawatan tetap bagi mengatasi masalah kekurangan guru bagi subjek berkenaan.

“Mungkin KPM ada guru interim yang diambil sebelum ini. Jadi buat penyerapan sebagai guru tetap. =

 

Previous Post Next Post