Apa itu PSKPP dan mengapa ia jadi isu polemik dikalangan guru?

Isu PSKPP selalu menjadi ‘masalah’ yang diungkit oleh segelintir guru di seluruh negara. Sesekali timbul pertikaian dalam kalangan guru di sekolah atau group FB / Whatapps mengenai 'perbelanjaan kewangan' dan juga 'kutipan yuran tahunan' yang disumbangkan ahli PSKPPK secara tradisi sejak berpuluh tahun.

Saudara Lukman Moidin telah mengambil langkah dengan membantu JPN dan PPD di seluruh Malaysia bagi menjelaskan secara ringkas berkaitan perkara yang sepatutnya dijelaskan oleh pegawai JPN atau PPD bagi membetulkan persepsi negatif yang sering dilemparkan kepada PSKPP.  

Apa itu PSKPP ? 

PSKPP ialah Persatuan (bukan Pesta) Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran. Di peringkat kebangsaaan (KPM) pula disebut ialah MSKPPM.

YDP PSKPP ialah Pengarah Pendidikan Negeri dan di peringkat kebangsaan ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebagai YDP MSKPPM (Majlis Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia)

PSKPP adalah badan sah berdaftar dengan ROS. PSKPP berdaftar ini pula wajib mengadakan mesyuarat agung tahunan. Kebiasaannya PSKPP akan mengadakan mesyuarat agung ketika pertandingan sukan diadakan di peringkat negeri masing-masing. 

Skim Berkelompok

Selama lebih 10 tahun, beliau terlibat secara langsung dalam membantu PSKPPK menguruskan skim berkelompok bagi membantu kebajikan ahli PSKPPK. Untuk makluman, menurut Lukman, skim PSKPPK telah menyumbang hampir RM10 ribu bagi membantu aktiviti PSKPPK. Manakala hampir RM500K (setengah juta RM) telah dibayar kepada ahli PSKPPK yang ditimpa musibah penyakit kritikal atau kematian.

Mesyuarat Agung

Setiap kali mesyuarat agung beliau akan terlibat dan menyimpan semua bahan sebagai bukti. Daripada situasi berkenaan, beliau sedar bahawa ramai guru tidak terdedah dengan perjalanan pengurusan kewangan PSKPP. Buku laporan mesyuarat masih ada dalam simpanan beliau hingga sekarang. 

Setiap kali hadir mesyuarat agung, ahli akan dibekalkan dengan BUKU LAPORAN MESYUARAT dan PENYATA KIRA-KIRA. Ianya diaudit secara dalaman dan lengkap untuk membuktikan tiada penyelewengan dalam kalangan pegawai JPN/PPD dan AJK PSKPP. 

Sumbangan Guru

Sumbangan DERMA dan SEDEKAH kita sebanyak RM5 sebenarnya TERAMAT SEDIKIT berbanding kos perbelanjaan PSKPP dalam menguruskan aktiviti rakan-rakan kita yang berkorban tenaga, masa dan juga wang ringgit membantu PSKPP.

Malah salah seorang sahabat MPSAH beliau di Perak meninggal dunia ketika bermain bola tampar untuk membantu PSKPP Perak. Dengan DERMA RM5 setahun, Lukman menasihati para guru agar tidak perlu kecoh untuk mendapatkan penyata dan sebagainya. Lainlah jika bayaran yang dikenakan setiap bulan RM5 dan mahukan perincian dari PSKPP.  

Isunya mengapa ramai guru tidak terdedah kepada makumat ini : 

1. Mesyuarat PSKPP hanya melibatkan guru atau PGB yang terlibat sahaja pada atau semasa pesta sukan permainan bagi menjalankan mesyuarat agong. Nak panggil semua guru satu negeri manalah cukup budget.

2. Penyata dan laporan yang dibekalkan juga terhad bagi menjimatkan kos pengurusan dan biasanya disimpan oleh pihak PGB yang hadir atau peserta. 

3. Sepatutnya setiap PPD menerima PENYATA KEWANGAN dan diedarkan ke sekolah. PGB mesti menampal penyata kewangan sebagai makluman kepada semua guru agar tidak timbul isu perbelanjaan dan tuduhan fitnah kononnya wang dibelanjakan oleh pihak tertentu bagi tujuan melancong dan sebagainya. 

4. Semua isu ini timbul kerana masalah komunikasi dan penyaluran maklumat yang kurang cekap dari pihak JPN dan PPD. 

5. Wang sumbangan guru dan kakitangan sebanyak RM5 sebenarnya tidak mencukupi bagi menampung kos makan-minum serta perbelanjaan lain kepada rakan-rakan yang terlibat dalam sukan permainan tersebut. 

6. Berpuluh ribu terpaksa ditampung dari unit dana hasil dari jualan buku kepada pelajar sekolah untuk tujuan ini. 

7. Beliau berpesan kepada dirinya sendiri setiap kali menyumbang RM5 ini sebagai satu NIAT SEDEKAH bagi rakan sekerja yang membantu PPD dan JPN. Dahlah ramai yang kaki bangku dan boroi, tak fit, apalah salahnya neri sokongan dengan hanya menyumbang RM5 sahaja setahun. Rakan yang berhujan panas bermain untuk daerah dan negeri pun bayar yuran dan malah keluar duit poket lagi. Kita pula hanya perlu menyokong dengan nilai RM5 setahun sahaja.  

8. Sedekah menyuburkan rezeki dan usahlah pertikaikan lagi ke mana wang dibelanjakan. Kalau ada pengawai yang seleweng itu hal mereka dan nanti tibalah masa mereka kena menjawab. Kita nak kalut apa dengan RM5, kita tak miskin pun beb. 

Pengajarannya : 

➡Sepatutnya Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan DANA bagi aktiviti guru sama ada sukan, permainan dan juga sambutan Hari Guru. Kalau setiap JPN diberikan DANA KHAS, aku rasa isu yuran PSKPP ni akan selesai. 

➡Di pihak kita, jangan kedekut untuk menyumbang yuran PSKPP selepas ini. Orang kedekut confirm rezeki sempit dan hidup pun tak akan senang. Aku dah tengok jenis tangkai jering ni. Kalau mereka tak berubah lantaklah. Yang penting anda yang baca harus sentiasa POSITIF bila MENDERMA kepada sesiapa sahaja. 

➡Jika anda yakin berlaku penyelewengan, buat laporan terus kepada SPRM, kang senang cerita dari membawang tak tentu hala. 

➡Jangan jadi penyebar fitnah tetapi jadilah penyebar maklumat yang sahih. Kongsilah maklumat ini kepada rakan sekolah kita yang selalu menuduh salahguna kewangan di dalam PSKPP agar mrk tahu fakta sebenar. 

LUKMAN B. MOIDIN
Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia @ Pertubuhan BARAKAH Malaysia 

Sumber: FB Barakah

1 Comments

Previous Post Next Post