Jenama Projektor Berkualiti Berharga RM1500 - RM3800


Sebelum ini kami ada berkongsi berkenaan tips pembelian projektor. Anda boleh rujuk artikel tersebut di SINI. Di dalam artikel tersebut juga kami kongsikan beberapa jenis projektor berharga RM1000 ke bawah.

Berikut kami kongsikan pula beberapa jenis projektor daripada jenama-jenama terkenal tetapi ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Projektor ini sesuai digunakan untuk persembahan, pengajaran dan pembelajaran dan menonoton filem. 

1. Acer X1228i XGA 4500 ANSI Lumens

Acer merupakan satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang produk elektronik. Model yang diperkenalkan oleh Acer ini sangat sesuai digunakan untuk persembahan visual atau perbincangan kelas. Ianya sangat sesuai untuk paparan teater tontonan filem.

Projektor model ini memaparkan gambar yang jelas dan besar walaupun anda berada diruang yang terhad. Ia juga menyokong resolusi HD penuh dengan kualiti imej yang menakjubkan. Antara ciri-ciri menarik lain termasuklah Color Boost 3D yang memberikan anda imej 2D dan 3D yang lebih jelas.

Dapatkannya dengan harga RM1699.00 di https://shope.ee/9efF3kKIAi

2. Xiaomi Mijia Smart Projector 2 Pro HD 1080P 1300 ANSI Lumens
Xiaomi juga salah satu jenama paling popular apabila berbicara mengenai peranti elektronik. Projektor pintarnya mula mendapat perhatian ramai pengguna yang inginkan pengalaman baharu menonton filem seperti dalam panggung wayang.

Dengan harga yang menarik, pengguna boleh bandingkan dengan pembelian TV skrin rata. Selain berfunsi sebagai teater rumah, Projektor Pintar Xiaomi juga digunakan oleh kebanyakan syarikat untuk persembahan dan mesyuarat mereka. Ia dilengkapi dengan resolusi 1080p dengan ciri HD penuh untuk tontonan ketika suasana cerah dengan visual yang jelas dan terang.

Dapatkannya dengan harga RM3,398.00 di https://shope.ee/5zlwiCHlR2

3. BenQ MH560 1080p 

BenQ tidak perlu diperkenalkan lagi dalam penghasilan peranti pemancar projektor ini. BenQ mempunyai skrin HD penuh yang jelas untuk tontotan bak panggung wayang di rumah anda. Ianya juga sesuai untuk permainan video!

Model ini mudah alih untuk dibawa ke dalam beg anda jika anda bercadang untuk bercuti bersamanya. Ciri-ciri terbaik model ini termasuklah dilengkapi dengan HDMI dwi untuk anda sambungkan secara fleksibel. Kecerahannya yang berkualiti dan hebat membuatkan anda tidak perlu bimbang jika anda menontonnya dalam suasana yang terang benderang atau di siang hari.

Dapatkannya dengan harga RM3,199.00 di https://shope.ee/79xu6yJQi9

4. ViewSonic M2e 1000 Lumens

Jika anda tercari-cari projektor terbaik untuk set teater di rumah anda, ViewSonic M2e menawarkan kesumpurnaan tersebut. Model ini mempunyai ciri supercolor untuk memberikan kecerahan yang menakjubkan untuk persembahan set teater rumah. Ia menghasilkan pengimejan yang sangat jelas dan berkualiti tinggi supaya anda dapat menikmati tontotan yang lebih bak.

Ciri lain yang menarik untuk model ini ialah ia juga dilengkapi dengan dua tetapan berbeza yang boleh anda pilih: mod dinamik dan mod filem. Selain ituk ia juga dilengkapi dengan resolusi HD1080p penuh untuk pengalaman tontonan yang cerah dan sempuran.

Dapatkannya dengan harga RM2.699.00 di https://shope.ee/3phS9YEcYT

5. Epson EB-FH52 Full HD 4000 Lumens

Pilihan projektor paling popular setakat ini datangnya daripada EPSON. Model ini juga menjadi kegilaan pemilik set teater di rumah kerana model ini sangat sesuai dengan bilik tidur anda. Model ini memberi resolusi dan kualiti yang anda cari semasa menonton filem kegemaran anda.

Projektor ini mempunyai ciri HD penuh dengan resolusi 1080p yang sesuai untuk menoton filem yang panjang atau drama bersiri yang anda minati secara dalam talian. Ia juga mudah dikendalikan, dengan hayat lampu sehingga 12,000 jam dan berat hanya 3.1 kg, ianya sesuai untuk aktiviti luar bersama-sama keluarga dan rakan-rakan anda.

Dapatkannya dengan harga RM3,799.00 di https://shope.ee/5zlwlOLAem
Previous Post Next Post