Jenis-jenis Cuti Atas Sebab Perubatan (Perintah Am 15 Bab C)

Imej hiasan

CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya. 


CUTI SAKIT

Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalarn Perintah Am 1 (xi). 

Ketua Jabatan boleh menerima, mengikut budibicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor swasta tanpa sokongan dari seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti yang tidak melebihi dua hari yang berturut-turut sahaja. 

Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.

Baca juga: Penambahbaikan cuti sakit swasta tahun 2022

CUTI SAKIT LANJUTAN

Seseorang pegawai yang telah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula bagi perkhidmatan selanjutnya, dan pada Lembaga bolehlah mengesyorkan ia di beri satu tempoh bercuti yang tidak melebihi 3 bulan. 

Untuk tujuan ini Ketua Jabatan bolehlah memberi pegawai itu apa-apa cuti sakit mengikut perintah Am 17 atau cuti rehat yang ia masih ada lagi. 

Sekiranya semua cuti-cuti ini telah habis, ia boleh diberi cuti separuh gaji mengikut Perintah Am 13 atau pun cuti tanpa gaji mengikut Perintah Am 14 jika cuti separuh gajinya pula telah habis.


CUTI KECEDERAAN

CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH

CUTI BERSALIN
Previous Post Next Post