Murid dibelasah beramai-ramai di sebuah sekolah di Langkawi



ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas dipukul oleh beberapa pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Langkawi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa membuat laporan pada Khamis berhubung kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi di dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan. Menurutnya, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham. 

"Pada pagi Khamis terkesan satu video tular memaparkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa orang pelajar lain yang mana disahkan ia berlaku di Langkawi. 

"Satu laporan polis juga telah diterima daripada mangsa yang berumur 16 tahun dan mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Mengulas lanjut, Shariman berkata, suspek sedang dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pada Khamis, tular satu video berdurasi 25 saat kejadian buli di sebuah sekolah di Langkawi yang memaparkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa pelajar lain termasuk dibaling meja.
Previous Post Next Post